Showing posts with label nobel prize. Show all posts
Showing posts with label nobel prize. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Kepentingan ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Pembuka kata

Dan berapa banyaknya tanda-tanda yg Allah jdkan dilangit & dibumi, sedang mrk melewatinya ,tetapi mrk brpaling drpdnya (Yusuf:105)


Semalam saya ada terlihat sebuah video tentang perbezaan saiz bintang dan planet. 




Ketika menonton video tersebut, saya berfikir, alangkah kecilnya kita [planet kita] jika dibandingkan dgn planet lain [planet-planet gas] . Kemudian, muncul pula matahari, alangkah kecilnya planet-planet ini jika dibandingkan dgn matahari. Selepas itu muncul pula bintang-bintang gergasi seperti Sirius, Pollux dan Aldebaran. Alahai, matahari yg kita sangkakan besar ini rupanya sangat sangat sangat kecil sehingga langsung tdk kelihatan jika diletakkan sebelah-menyebelah dgn bintang-bintang gergasi ini!

Di hujung video ini, kita diperlihatkan perbandingan saiz antara matahari  dgn bintang yg paling besar [yg diketahui oleh manusia] iaitu VY Canis Majoris……

Siapalah kita! Kita diibaratkan sebagai sebutir debu di angkasa! Siapalah kita pd pandangan Allah s.w.t?

Then which of the favours of your Lord will ye deny? [Surah Ar-Rahman]

Kepentingan

Tiba-tiba saya teringat, dulu saya pernah membebel pasal ni pada kawan baik saya [bukan mangsa]

“ Tak ramai org Islam yg terlibat di dlm bidang astronomi ni. Tengoklah, sekarang org putih yg memonopoli bidang ini. Sepatutnya kita yg menguasai bidang ni. Mana hilangnya Al-Khawarizmi? Mana hilangnya Al-Farabi? Mana hilangnya Ulugh Beg? Hilang ditelan sejarah. Sayang sekali ilmu mereka yg bernilai itu juga hilang, oh mungkin di dalam muzium sahaja.”

Fikir!

Org Islam zaman sekarang tak dapat fikirkan apa kepentingan astronomi [yg saya maksudkan merangkumi sains angkasa, falak dan program-program angkasa]. Sebab itu kita ketinggalan dlm bidang ini.

Alah…bintang je pun…tiap-tiap malam aku Nampak….so what?

Saya pernah tulis dlm artikel saya yg lepas;

“Islam ialah agama yg paling dekat dengan astronomi”

Tak percaya? Bukalah Al-Quran!

Program angkasawan yg bermula dr tahun 2006 yg sebenarnya memberi manfaat kpd rakyat Malaysia tetapi di salah ertikan sebagai ''membazir duit rakyat". Sebenarnya kerajaan Malaysia langsung tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan utk menghantar Dr SMS ke ISS.

Semangat mencintai ilmu

Sangat kurang! Yg diorang tau bercintan cintun. Merempit. Ayuh semua umat Islam! Bangkit dari lena yg panjang! Marilah kita menebus kesilapan yg lalu! Marilah kita menghidupkan kembali zaman kegemilangan Sarjana Islam! [bukan setakat mengetahui nama sebenar dan tempat lahir mereka, tetapi ILMU mereka]

Nota kaki:
Penulis mendapati artikel jenis ini amat berat baginya, kerana penulis jarang (tidak pernah kot) menulis artikel mengenai pemikiran dan pendapat serta tidak menepati gaya penulisan penulis. Namun begitu, inilah luahan hati penulis yg sedih melihat kurangnya semangat mencintai ilmu dlm kalangan umat Islam terutamanya dalam bidang sains (astronomi!!). Setakat ini ada dua orang sahaja saintis Islam yg berjaya mendapat hadiah nobel dlm bidang sains. Adakah bilangan ini akan bertambah? Sama-sama kita nantikan . Selepas ini, penulis akan menyambung menulis artikel yg berbentuk fakta.




Saturday, October 9, 2010

Hadiah Nobel Kimia 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa hari yang lepas, saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang hadiah nobel fizik 2010. Hadiah nobel bagi kimia telah diumumkan pada 6 oktober yang lalu. Tiga orang yang bertuah yang memenangi hadiah ini ialah Richard F. Heck, Ei-Ichi Negishi dan Akira Suzuki.

Sumbangan

Ketiga-tiga orang ini telah berjaya menggunakan Palladium sebagai pemangkin (catalyst) untuk membina molekul yang lebih besar. Contohnya , jika kita mempunyai 2 molekul asid asetik , dan kita tambahkan pemangkin Palladium makan kita boleh cantumkan 2 molekul asetik asid menjadi etana dan karbon dioksida. Dalam konteks ini, Heck, Negishi dan Suzuki telah membuat satu bahan yang dikenali sebagai Discodermolide dengan menggunakan pemangkin Palladium.

Tindakbalas 

Palladium terjadi secara semulajadi dengan mempunyai elektron yang banyak. Iodin kemudiannya menarik elektron daripada atom karbon dan menyebabkan karbon mengalami kekurangan elektron. Oleh itu, atom karbon telah bertindak keatas Palladium. Disebabkan Palladium telah mendermakan elektonnya kepada atom karbon, atom Palladium telah mengalami kekurangan elekron lalu Palladium bertindak keatas karbon (yang kaya dengan elektron) untuk mendekati atom zink. Atom zink kemudiannya menjadikan atom karbon "lebih kaya" dengan elektron. Apabila dua atom karbon bertemu dengan atom Palladium, mereka sering ingin bercantum  (couple). Akhir sekali, dua atom karbon telah bergabung dan atom Palladium tadi dibebaskan untuk menjalani satu lagi tindakbalas.

Pemenang hadiah

Apa yang menarik tentang ketiga-tiga pemenang hadiah ini ialah nama mereka digunakan untuk menamakan tindak balas yang mereka temui ( sudah semestinya tindak balas yang berkaitan dengan Palladium). Tindak balas itu ialah, Heck reaction, Negishi reaction dan Suzuki reaction.

Hasil

Tindak balas yang saya ceritakan diatas akan menghasilkan sebuah molekul yang besar iaitu Discodermolide.
Dulu, para saintis hanya menemui discodermolide di dalam span yang tinggal di dalam Laut Caribbean yang dikenali sebagai Discodermia dissoluta. Span apa yang tinggal di laut kalau bukan lagi spongebob. (bukan gurauan) Discodermia dissoluta ialah hidupan laut yang paling mundur dan tidak berkembang, dan telah dipopularkan oleh Stephen Hillenburg dalam siri animasinya, spongebob squarepants! Discodermolide digunakan sebagai dadah untuk merawat kanser yang berfungsi sama sebagai Taxol.

Teruskan pembacaan anda! Klik sini !

Video

Video ini diambil dari channel youtube kegemaran saya, Periodic Table of Videos, di acarakan oleh Professor Martyn Poliakoff (yg berambut putih) University of Nottingham.



Gambar-gambar 

inilah rupanya spongebob squarepants yg sebenarnya (Discodermia dissoluta)

pemenang hadian nobel kimia 2010

Wednesday, October 6, 2010

Hadiah Nobel Fizik 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini kita akan membincangkan tentang pemenang hadiah nobel fizik yang baru diumumkan pada Selasa,
5 Oktober 2010 pada jam 9.45 (waktu Greenwich) , iaitu semalam.

Pada 2010, hadiah ini dikongsi oleh 2 orang ahli fizik yang berpangkalan di Sekolah Fizik dan Astronomi,
Universiti Manchester di UK. Mereka Ialah Andre Geim dan Konstantin Novoselov. Andre Geim, dilahirkan pada tahun 1958 di Sochi, Rusia. Beliau mendapat PhD nya di Institut Fizik Pepejal, Akademi Sains Rusia di Chernoglovka, Rusia. Beliau ialah pengarah pusat mesosains dan nanoteknologi Manchester,Professor fizik Langworthy dan menjadi ahli diraja profesor penyelidikan Universiri Manchester, Uk .Manakala rakan seperjuagannya, Konstantin Novoselov, lahir pada 1974 di Nizhny Taril, Russia. Beliau mendapat Phd pada tahun 2004 dari Universiti Nijmegen , Belanda. Beliau ialah seorang profesor dan menjadi felo dalam "Royal Society Research".

Tapi, apakah sumbangan mereka?

Graphite ialah satu kepingan karbon yang amat kecil. Ketebalannya hanya 1 atom tebal. Graphene,hadir dalam bentuk karbon. Graphene ialah sejenis bahan yang baru. Ia nipis tetapi kuat. Ia juga mengalirkan eletrik seperti kuprum. Ia juga pengalir haba yang baik. Graphene ialah sejenis bahan yang lutsinar tetapi tidak boleh ditembusi oleh sebarang atom walaupun helium. Andre dan Konstantin menggunakan sekeping cellotape untuk mencarik se"helai" graphite daripada sekeping grahpite yang mempunyai banyak lapisan graphite. (tentulah dgn cara yg lebih saintifik) Pada mulanya, mereka dapat kepingan graphite yang mempunyai banyak lapisan2 kecil graphite tetapi semakin hari lama mereka mengulangi proses itu, mereka semakin mahir men"carik" lapisan2 graphite tu dan mereka mendapat  kepingan graphite yang semakin nipis...

Teruskan pembacaan anda!
Jika anda berminat klik sini! 


2 org pemenang hadiah nobel fizik 2010