Beberapa hari yang lepas, saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang hadiah nobel fizik 2010. Hadiah nobel bagi kimia telah diumumkan pada 6 oktober yang lalu. Tiga orang yang bertuah yang memenangi hadiah ini ialah Richard F. Heck, Ei-Ichi Negishi dan Akira Suzuki.
Sumbangan
Ketiga-tiga orang ini telah berjaya menggunakan Palladium sebagai pemangkin (catalyst) untuk membina molekul yang lebih besar. Contohnya , jika kita mempunyai 2 molekul asid asetik , dan kita tambahkan pemangkin Palladium makan kita boleh cantumkan 2 molekul asetik asid menjadi etana dan karbon dioksida. Dalam konteks ini, Heck, Negishi dan Suzuki telah membuat satu bahan yang dikenali sebagai Discodermolide dengan menggunakan pemangkin Palladium.
Tindakbalas
Palladium terjadi secara semulajadi dengan mempunyai elektron yang banyak. Iodin kemudiannya menarik elektron daripada atom karbon dan menyebabkan karbon mengalami kekurangan elektron. Oleh itu, atom karbon telah bertindak keatas Palladium. Disebabkan Palladium telah mendermakan elektonnya kepada atom karbon, atom Palladium telah mengalami kekurangan elekron lalu Palladium bertindak keatas karbon (yang kaya dengan elektron) untuk mendekati atom zink. Atom zink kemudiannya menjadikan atom karbon "lebih kaya" dengan elektron. Apabila dua atom karbon bertemu dengan atom Palladium, mereka sering ingin bercantum (couple). Akhir sekali, dua atom karbon telah bergabung dan atom Palladium tadi dibebaskan untuk menjalani satu lagi tindakbalas.
Pemenang hadiah
Apa yang menarik tentang ketiga-tiga pemenang hadiah ini ialah nama mereka digunakan untuk menamakan tindak balas yang mereka temui ( sudah semestinya tindak balas yang berkaitan dengan Palladium). Tindak balas itu ialah, Heck reaction, Negishi reaction dan Suzuki reaction.
Hasil
Tindak balas yang saya ceritakan diatas akan menghasilkan sebuah molekul yang besar iaitu Discodermolide.
Dulu, para saintis hanya menemui discodermolide di dalam span yang tinggal di dalam Laut Caribbean yang dikenali sebagai Discodermia dissoluta. Span apa yang tinggal di laut kalau bukan lagi spongebob. (bukan gurauan) Discodermia dissoluta ialah hidupan laut yang paling mundur dan tidak berkembang, dan telah dipopularkan oleh Stephen Hillenburg dalam siri animasinya, spongebob squarepants! Discodermolide digunakan sebagai dadah untuk merawat kanser yang berfungsi sama sebagai Taxol.
Teruskan pembacaan anda! Klik sini !
Video
Video ini diambil dari channel youtube kegemaran saya, Periodic Table of Videos, di acarakan oleh Professor Martyn Poliakoff (yg berambut putih) University of Nottingham.
Gambar-gambar
inilah rupanya spongebob squarepants yg sebenarnya (Discodermia dissoluta)
pemenang hadian nobel kimia 2010


No comments:
Post a Comment
Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai