Kali ini kita akan membincangkan tentang pemenang hadiah nobel fizik yang baru diumumkan pada Selasa,
5 Oktober 2010 pada jam 9.45 (waktu Greenwich) , iaitu semalam.
Pada 2010, hadiah ini dikongsi oleh 2 orang ahli fizik yang berpangkalan di Sekolah Fizik dan Astronomi,
Universiti Manchester di UK. Mereka Ialah Andre Geim dan Konstantin Novoselov. Andre Geim, dilahirkan pada tahun 1958 di Sochi, Rusia. Beliau mendapat PhD nya di Institut Fizik Pepejal, Akademi Sains Rusia di Chernoglovka, Rusia. Beliau ialah pengarah pusat mesosains dan nanoteknologi Manchester,Professor fizik Langworthy dan menjadi ahli diraja profesor penyelidikan Universiri Manchester, Uk .Manakala rakan seperjuagannya, Konstantin Novoselov, lahir pada 1974 di Nizhny Taril, Russia. Beliau mendapat Phd pada tahun 2004 dari Universiti Nijmegen , Belanda. Beliau ialah seorang profesor dan menjadi felo dalam "Royal Society Research".
Tapi, apakah sumbangan mereka?
Graphite ialah satu kepingan karbon yang amat kecil. Ketebalannya hanya 1 atom tebal. Graphene,hadir dalam bentuk karbon. Graphene ialah sejenis bahan yang baru. Ia nipis tetapi kuat. Ia juga mengalirkan eletrik seperti kuprum. Ia juga pengalir haba yang baik. Graphene ialah sejenis bahan yang lutsinar tetapi tidak boleh ditembusi oleh sebarang atom walaupun helium. Andre dan Konstantin menggunakan sekeping cellotape untuk mencarik se"helai" graphite daripada sekeping grahpite yang mempunyai banyak lapisan graphite. (tentulah dgn cara yg lebih saintifik) Pada mulanya, mereka dapat kepingan graphite yang mempunyai banyak lapisan2 kecil graphite tetapi semakin hari lama mereka mengulangi proses itu, mereka semakin mahir men"carik" lapisan2 graphite tu dan mereka mendapat kepingan graphite yang semakin nipis...
Teruskan pembacaan anda!
Jika anda berminat klik sini!
2 org pemenang hadiah nobel fizik 2010

No comments:
Post a Comment
Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai