Showing posts with label Editing. Show all posts
Showing posts with label Editing. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Photo essay - Le Tour De Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pecutan terakhir -The Last Sprint (hakcipta terpelihara kpd pemilik blog)

Pecutan terakhir. Pecutan terakhir ialah fasa yg paling penting utk peserta-peserta Le Tour De Langkawi. Hal ini kerana pecutan ini mungkin dapat merubah nasib mereka. Pecutan  inilah yg mungkin menyebabkan mereka berjaya mendapat tempat pertama dan percutan inilah yg mungkin menyebabkan mereka kecundang. Gambar ini diambil ketika para peserta sedang melakukan pecutan utk 200 meter yg terakhir. Di dalam gambar ini kita boleh lihat, pemenang bagi fasa 2 Le Tour De Langkawi, Andrea Guardini (yg berbaju kuning, 4 dari kanan) masih lagi ketinggalan dibelakang Boris Shpilevsky ( yg memakai baju biru putih, 5 dari kanan) yg akhirnya hanya berpuas hati di tempat kedua. Hal ini menunjukkan bahawa Andrea Guardini mempunyai semangat juang yg tinggi yg mampu memaksa dirinya utk terus memecut lebih laju lalu dapat merangkul gelaran juara bagi fasa ke-2 ini. Bak kata orang tua-tua, pantang mati sebelum ajal, pantang berpatah sebelum berjuang.

Namun begitu, pecutan terakhir juga bukan sahaja fasa yg paling  penting bagi peserta Le Tour De Langkawi dan juga atlet lumba yg lain, tetapi pecutan terakhir juga sangat penting bagi para pelajar yg hendak menduduki peperiksaan, sama ada peperiksaan di peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam. Hal ini kerana pecutan akhir inilah yg menjadi batu loncatan kepada kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan-rakan serta adik-adik di luar sana supaya jangan mudah mengalah, terutamanya di dalam pelajaran.  Selain itu, janganlah kita meninggalkan kelas-kelas tambahan yang cikgu buat di saat terakhir kerana mungkin pada saat itulah para guru mungkin memberi sedikit tips yang dapat membantu kita di dalam peperiksaan. Janganlah kita mudah perputus asa di peringkat awal dan contohilah semangat juang yg tinggi yg dimiliki Andrea Guardini yg masih tidak mengaku kalah walaupun masih ketinggalan sehingga 200 meter yg terakhir!

Tuesday, September 7, 2010

The Technique : Lightpainting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tak ramai orang tau pasal lightpainting ni. Bila sekali pandang tajuk post ni : "kenapa bodoh sgt org ni? cmne nak melukis menggunakan cahaya? "
Dalam fotografi, kita boleh!...tapi bagaimana?

1. Setting your camera
Mode : Manual
Shutter speed : 8"
Aperture : 2.8...tp x lebih drpd 5
ISO : 400 dan kebawah

2. Equipment
-A torchlight
-A clear colour filter

3. Step
a- set camera kat tripod
b- set timer kpd 10 saat
c- bagi pengguna dslr, gunakan manual fokus
d- sebelum menekan shutter, practice dulu apa yg kta nak buat, cth : huruf A / apa2 objek
ingat! : segala bentuk yang  anda 'lakarkan' mestilah terbalik
e- bila dah puas hati, baru la tekan shutter
f- saksikan hasilnya sendiri!



penulis sedang membuat huruf "s"

hasil

Wallahu a'lam
p/s : sbrg pertanyaan boleh dihantar pada doradora_chan123@yahoo.com [subject: soalan]
ataupun melalui facebook ataupun comment!

Thursday, December 24, 2009

Congratulation!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada hero-hero SMKA Al-Irshad yang mendapat 9A dan 8A dalam penilaian menengah rendah (PMR) untuk tahun 2009! Pengetua amat bangga dengan anda.

Saya , sebagai jurugambar rasmi majalah sekolah dan Irshadian Explorer,tanpa buang masa lagi ... gambar!!! Yeah ho!







AMARAN! DISEBABKAN KEADAAN LOW LIGHT DALAM DEWAN, NOISE YANG AMAT MELAMPAU TAK DAPAT DISELAMATKAN. NAMUN PENULIS MENCUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK

Monday, December 14, 2009

Spir0 as a wedding photographer (again)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari sabtu lepas , saya ikut sensei gi tgk cara dia kerja. Kerja apa? ...Sebagai wedding photgrapher.
Sesi pagi dimulakan di penaga. Pertama sekali... majlis akad nikah kemudian ..bacaan doa selamat dan sesi indoor shooting bersama pengantin. Nasib nampaknya menyebelahi saya kerana masjid di penaga tu lightingnya amat mencukupi utk mengcover kelemahan kamera saya. Selain itu.. latar tempat yang menarik juga membantu saya dlm sesi ini.

Namun begitu , sesi kedua yg berada di junjong (Masjid tasik , junjong ,SPS) amat mengecewakan saya. Keadaan lighting yg amat menyedihkan. Itulah cabaran yang dihadapi oleh jurugambar2 utk memenuhi hajat client. Tapi sensei x mempunyai banyak masalah kerana dia mempunyai perancangan yg begitu rapi seperti mempunyai unbrella , mempunyai kamera yg baik (dr segi sensornya) dan flash yang baik. Selesai sesi akad nikah masjid, sudah tiba masanya utk ke rumah pengantin utk memulakan sesi indoor shooting. Para jurugambar jg perlu kreatif dan mempunyai komunikasi yg baik dgn pengantin supaya gambar yg baik boleh d hasilkan.

Imaginasi amat penting kepada para jurugambar kerana mrk perlu merancang dahulu shot yg akan d ambil walaupun bukan d lokasi sebenar. Imaginasi inilah dapat membantu kita mengubah sebuah kawasan semak yg kotor dll kpd sebuah tempat yg cantik.. mesti pembaca tertanya2 apa maksiud saya yg sebenarnya. Oleh itu sila lihat hasil karya saya (ORIGINAL)

gambar yg cantik kan? tapi tmpt shooting ni ialat kat smak2 kecik tepi jalan.

di tepi tingkap, sy menggunakan spot metering supaya cahaya hanya menyinari pengantin


sesi outdoor
salah satu dulang hantaran. cahaya yang menyinari tingkap dapat memberi kesan seperti spot metering kerana ia menyinari satu tempat sahaja

sesi pembatalan air sembahyang

amik gambar dlm cermin..

seakan2 frame...

cahaya yang menynari tingkap...kreatif


pepatung..-
poster yg buat sendiri..cacat sikit ler...biasalah budak baru belajar..

Kesimpulannya
1. Dpt pengalaman dlm salah 1 cabang fotografi
2. Dapat teknik yg baru
3. Tahniah kepada para pengantin
4. Terima kasih kpd sensei yg bw saya ke sana.

adios!

ps:
1. Makan nasi free
2. Tgk pasangan tu mmg bahagia ke anak cucu
3. Sayangnya batuk... x dpt munum ais
4. Pengantin lafaz akan nikah skali je..(hah)

Sunday, October 25, 2009

Bengkel buat teleskop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

best ooh. buat teleskop dgn idolaku iaitu dr chong hon yew , peminat astronomi amatur. Dua hari suntuk menggerit kaca.... sangat memenatkan. Walaubagaimanapun , PAT makin dekat. Kanapa periksa kali ni aku jd ketaq sejuk seram berhantu tol. Utk pengetahuan semua, saya (group saya) telah terpilih antara 15 team seluruh malaysia dlm pertandingan sony living with nature. Nanti 2-4 hb nov (tyme peksa tuuuuu...!!) kami akan ke FRIM kepong, selangor. Bile dapat tau da terpilih rasa nak nyanyi lagu negaraku dan lagu standing in the eyes of the world (ella) ! mmg style ah! wish me luck. So , mcm besa, hasil forografi..


michael jackson

sebijik mcm gambar pemenang taun lps

good mornin'

pokok jejarrrum

gambar ni, holy cow tol sbb apa dia jd cm ni ek?

yo! wish me luck!!

Tuesday, August 11, 2009

Best oh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ialah salah seorang rakyat Malaysia yang melanggan majalah Digital Camera. Dalam majalah tu ada banyak tutorial tentang photoshop dalam photography dan macam2 lg. Saya baru terdetik utk mencuba salah satu tutorial yang menarik . Tutorial tu ajar kita macamana nak buat satu gambar panoramic , yang mengandungi kita. Contoh gambar saya kali ini ialah , "Syihan , syihan , syihan , syihan dan syihan. Kalo ada apa2 pertanyaan sila tanya admin! tq!




syihan,syihan,syihan,syihan dan syihan (klik gambar utk full size)

Friday, August 7, 2009

Last night observation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tau tak malam semalam ada gerhana bulan pemumbra? Aha, ada! Tapi gerhana tu x nampak kat Malaysia. Walaubagaimanapun saya telah menjalankan sedikit pencerapan pada pukul 10.30 malam semalam. Bulan pada ketika itu bulan amat cerah . Juga kelihatan planet Jupiter pada arah pukul 5 dari bulan


bulan oh bulan..


gambar di atas ialah imej sebenar planet jupiter.
Tiga imej dibawah ialah gambar planet jupiter yang diambil semalam.


Lihatlah kawah bulan kelihatan amat jelas.

Gambar simulasi kedudukan bulan dan planet jupiter


file .gif suasana bulan semalam

Saturday, May 23, 2009

Promosi laman cantik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

huargh!! lamanya x update blog ni. Biasalah, masa yang terluang hanya untuk study je. Sekarang ni tengah sibuk peperiksaan pertengahan tahun. Tetapi hari ni saya amik peluang untuk relax sebentar. Saya berkarya. Cantik!: Lagipun laman dah cantik, ayah baru je potong rumput. mari kita tengok hidangan yang masih panas ni!!






untuk lagilagi gambar sila pergi sini

Sunday, March 22, 2009

Siri Holiday in Malaysia -- Melaka

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Lepas melilau2 kat Port Dickson serta tempat2 sekitar, kami terus ke Melaka, bandar bersejarah..Hari pertama banyak melilau kat Rembau cari makam2 raja2 dulu2.. Sy sampai kat hotel pd kul 4 ari isnin. Malam tu berjalan di persisir sg Melaka.
Untung, kebetulan plak ada pesta tanglung [tapi eletrik nyer]. Cantiknyeee. Dengan kamera yang tepat dan tangkas sy mengambil gambar gambar ,gambar. Esoknye masuk muzium TLDM. Seronok...Tp ada 1 benda yg x seronok. Diorang kunci bilik koleksi senjata.
Sy pun tanya ler brader tu. Dia kata senjata yg pernah dipamerkan kt situ ialah senjata yg masih idop. Kalo ada org yg pro sket , bolehler guna tp skrg simpan dan bukan di sana lg . Pastu kami zoom ke muzium samudera , naik river cruise , menara taming sari , masuk muzium rakyat , muzium UMNO. Malam tu sy berkesempatan gi ekspo barangan tempatan. Tp henpon buatan m'sia x de jual pn?
Itulah. Saya menyeru kepada rakyat m'sia supaya bergilah bercuti dalam M'sia sbb kita pun x habis pusing negara sendiri. Tgk la, sy dh 3 ari kat Melaka tp x habis pun! Ada lg yg menarik. "Cuti2 Malaysia, banyak yang nak dilawati, banyak yang hendak diterokai"






Penerangan gambar
1.Miniature, daripada atas menara taming sari!
2.penumpang kepada bot di hadapan. Time tu tgh ujan
3.Pekerja membaiki tembok sg Melaka. Edited version. Sama cm pameran fotografi di menara taming sari.
4.Pesta tanglung di mlm ari
5. Flora de Mar. Kapal di mlm hri



Siri Holiday in Malaysia-- Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Huaaa. Tahun ni pergi lagi Port Dickson tapi dengan kamera baru.. Apa lagi.. sepanjang percutian ni ada 400 gambar yang telah di tangkap termasuklah 8 video. Sampai Port Dickson pada ari ahad pd kul 12.30 mlm. Huuu. Esok paginya buat tahi mata puas2. Siapa kata Port Dickson ni tarikan dia pantai je? Muzium tentera , makam Raja Melewar , Kompleks sejarah kat Rembau dll. Pergi tempat2 ni dapat macam2 maklumat. Dekat kompleks sejarah , baru ler kita sedar punyalah orang melayu nak beraja , sampai sanggup pergi jemput raja dari Sumatera? Sekarang dah terbalik.. orang dh x mo raja. Muzium tentera? Menandingi keseronokannya jika dibandingkan dengan pergi Genting Highland. Sebab? Sebab kedai cenderamata dia ada mcm 2 barang tentera .Just name it. Topi? Baju? Lencana? Aaadaa. Kalo pandai ayat dpt diskaun .Masa saya pergi pd Isnin minggu lepas, dia tutup plak. Nasib baik ada benda lebih menarik : melihat Askar melayu berlatih berkawat! Pegang m4 plak tuh. Hampir keseluruhan perjalanan kawat tu sy videokan. Tp ada plak guard tu datang bwk styer kata jangan amik gambar. Gila hapa? Sy pon masukkan cam dlm handbag mak. . Citer panjang pun x guna mari kita proceed kpd gambar..






Saturday, February 21, 2009

Hari sukan tahunan yang best!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Post ini ditulis sebaik sahaja saya sampai ke rumah [lebih kurang 6.28 ptg]. Hari ini ialah hari yang paling smart dalam hidup saya...Kenapa? Sebab "photographer united".
Dulu , saya dan sensei je yang suke mengambil2 gambar ni. Tapi tahun ni lagi meriah dengan gadget yang baru dan saingan yang baru. Dengan pertambahan cikgu Jamil serta pembelian nikon D80 sir rosli , saya rase diri saya kecik je ditengah2 SLR yang gabai2 ni. Walauapa2pun saya terus berusaha untuk mendapatkan shot yang baik.

Seperti biasa gambar gambar akan menjadi hidangan anda semua!
Nota : Jika anda nak tengok gamabar lagi , sila layari photobucket saya @ http://photobucket.com/arisukan atau kilk sini

pengetua berucap
omar in the rain

'lembaga sir said'

go lari go!

kontigen abu bakar


Video Tarik Tali Dlm ujan









adios! from spir0

Monday, December 1, 2008

Salam from KL




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yaa... dah lama x menulis... sekarang saya nak hiangkan anda dgn gambar2 saya di sini!