Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Maximize your memory !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengenalan
Apa yang anda akan lakukan apabila anda boleh ingat APA SAHAJA yg anda inginkan?

Saya akan hafal semua jaringan setiap perlawanan untuk Liga Inggeris musim ni.
Oooh! Lepas ni subjek sejarah aku dapat A lah !
Senang sikit nak lulus peperiksaan!

Bila anda boleh ingat sesuatu dengan baik, anda boleh dapat apa sahaja yg anda inginkan!

Apa yg saya akan tulis akan membantu anda untuk mengoptimumkan penggunaan otak anda. Dan kemudian anda akan merasakan belajar ni adalah sesuatu yg menarik.....adakah anda sudah bersedia???

Langkah 1- sentiasa berfikiran positif!
Jgnlah kita sentiasa memikirkan perkara yg negatif jika kita keputusan pepriksaan tidak mencapai tahap yg memuaskan. Fikirkan belajar itu sesuatu yg mudah dan menyeronokan. Jgn jadikan kegagalan itu sebagai penghalang kita utk berjaya.

Masalah ingatan- adakah disebabkan kita bodoh ataupun benda lain?
Ini penjelasan Tony Buzan dlm bukunya Mind Maps for Kids:

If your memory ever lets you down it is not because you are being 'stupid' or 'slow' or any other negative labels you can dream up yourself . All it means is that you need to give your memory a bit of HELP to store information, so when you need it you can recall it.
Bayangkan otak anda ialah sebuah perpustakaan yang besar. Segala maklumat yg anda simpan akan sentiasa berada di sana, tetapi ia disimpan dlm keadaan yg tidak tersusun dan menyukarkan anda utk mengingatinya kembali (recall). Apa yg anda perlu buat ialah membantu otak anda menyimpan maklumat supaya ia mudah diingat kembali.


Langkah 2- gunakan kedua-dua belah otak anda!
Sila lihat jadual dibawah:


OTAK KIRI (FAKTA)
OTAK KANAN (KESENIAN)

PERKATAAN
IRAMA

LOGIK
KESEDARAN

1234
iMaGiNaSi         

TURUTAN
                 BERANGAN….
KELINEARAN
WARNA
ANALISIS
DIMENSI
SENARAI
bEbaSS


Apabila kita belajar , kita hanya menggunakan separuh drpd otak kita. Maka, otak kita akan sukar utk menerima dan menyimpan maklumat yg kita masukkan. Kita boleh ibaratkan seperti kita berjalan dgn satu kaki...mesti susah kan?
Kesimpulannya, kita perlu menggunakan kedua-dua belah otak utk memudahkan proses menyimpan maklumat di dalam otak kita.

Langkah 3- bertindak!
Cara yg terbaik utk menggerakkan kedua-dua belah otak anda ialah dgn membuat satu peta minda. Dlm hal ini, kita menggabungkan fakta (otak kanan) dan seni (otak kiri)  dengan serentak.


Fahami cara otak kita berfungsi - imagination dan association. (perhubungan dan imaginasi)
Association membantu anda membuat suatu perhubungan terhadap sesuatu yg anda ketahui. Contohnya, jika anda melawat sekolah lama anda, anda mungkin terhidu sesuatu  atau terdengar (lihat, rasa dll) sesuatu yg dapat mengembalikan memori lama anda di sekolah itu. Segala memori yg tersimpan dlm otak anda akan dirangsang oleh apa yg anda bau (dengar, lihat , rasa ; yakni  association) tadi dan membangkitkan imaginasi tentang memori lama anda di sekolah tersebut.

Dlm bahasa mudahnya, jika kita terbau sesuatu yg busuk, association akan menghubungkan bahan ransangan tu (iaitu bau busuk) dgn menmbayangkan (imaginasi) benda yg mungkin berkaitan dgn bau busuk cthnya kentut, lori sampah, dan bau jamban. Begitulah pentingnya imaginasi dan association dlm membina memori yg baik.

 Apa hubungan imagination dan association dlm mind maps?

mind map on vitamins. credit to syihan (klik gambar utk imej yg lebih besar)

Mind map ni dibentuk bercabang-cabang supaya imagination dan association dapat merangsang memori anda.
Contoh:
Lihat pada cabang sebelah kiri. Ia ada tertulis 'fat soluble'. Jadi, association akan merangsang otak kita supaya membayangkan (imaginasi) vitamin-vitamin apakah yg larut dlm lemak?
Sudah tentulah vitamin A,D,E,K!

Faham! Bagaimana pula teknik utk membina mind map yg baik?
Ikut langkah-langkah dibawah :-)

1. Sediakan sehelai kertas putih yg biasa (jgn guna yg bergaris kerana ia akan membataskan imaginasi anda).
Kita akan gunakan kertas ini secara melintang.
2.Pilih warna-warna terang kegemaran anda.
3. Lukis satu gambar ditengah-tengah kertas itu. (dgn HURUF BESAR)
-Putting your main idea in the middle keeps you concentrating and gives you more freedom to spread out.
4.Pilih satu warna dan lukiskan cabang-cabangnya.
-1 cabang, 1 warna
-Cabang utama mestilah lebih TEBAL dari pada cabang yg lain
-tuliskan idea utama cabang itu dgn HURUF BESAR.
5. Biarkan imaginasi anda meliar!

Tips utk mengisi ruangan dlm mind map anda:
1. Jgn terhadkan kepada tulisan sahaja. Anda boleh juga menggunakan simbol dan gambar. (lihat contoh mind map yg telah sy sediakan)
2. Tak mengapa jika anda gunakan kependekan di dalam mind map anda sebab anda buat benda ni bukannya utk org lain!

 Langkah 4- ulang dan ulang!
Lepas sekali kita buat mind map ni, sudah tentu maklumat yg kita buat tu tak akan lekat serta merta.
Jadi, kita kena berulang-ulang memasukkan maklumat tu sypaya tidak lupa.
Punca sebenar org selalu tak ingat apa yg dia belajar ialah mereka tidak mahu buat ulangkaji! Tu je! . Sila tgk graf di bawah.

    
Remembering/ forgetting curve

Kita anggap hari 0 ialah hari pertama kita belajar tentang vitamin. Dlm tempoh 24 jam seterusnya kita akan lupa apa yg kita akan pelajari. Maka kita akan membuat ulangkaji selepas 24 jam seterusnya dan peratusan ingatan kita bertambah menjadi 100% bali. Dan juga hari seterusnya kita melakukan ulangkaji supaya peratusan ingatan kita sentiasa mantap. Makin kerap kita membuat ulangkaji, lmakin lekat la maklumat tu kat otak kita!

Penutup
Harap-harap panduan ni dapat membantu anda dlm pelajaran. Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua terutamanya adik-adik yg mintak tips utk mentackle subjek sains.

Kata-kata hikmat
Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu yg kurang sempurna
Setiap hari, cari alasan utk berubah secara positif
Dalam dunia ini anda cuma boleh mengubah diri anda; 
dan setiap perubahan yg anda lakukan akan mengubah dunia.
Org yg biasa dgn minda dan usaha luarbiasa:
akan melahirkan hasil yg luar biasa!

Sumber dan rujukan:
1.Mind Maps for Kids - Tony Buzan
2. Study smarter not harder 2nd edition - Kevin Paul
3. Handout "Motivasi dan Sistem Pembelajaran Cemerlang" - Dr Fadzilah Khamsah dan En Johar Bukhari
4.Quick Revision SPM biology - Pelangi
5. En Khairi bin Jalun
6. Saya sendiri
7. Pusat Rujukan Persuratan Melayu - http://prpm.dbp.gov.my/
8.www.ellaz.com

Tuesday, January 25, 2011

Photo essay - Le Tour De Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pecutan terakhir -The Last Sprint (hakcipta terpelihara kpd pemilik blog)

Pecutan terakhir. Pecutan terakhir ialah fasa yg paling penting utk peserta-peserta Le Tour De Langkawi. Hal ini kerana pecutan ini mungkin dapat merubah nasib mereka. Pecutan  inilah yg mungkin menyebabkan mereka berjaya mendapat tempat pertama dan percutan inilah yg mungkin menyebabkan mereka kecundang. Gambar ini diambil ketika para peserta sedang melakukan pecutan utk 200 meter yg terakhir. Di dalam gambar ini kita boleh lihat, pemenang bagi fasa 2 Le Tour De Langkawi, Andrea Guardini (yg berbaju kuning, 4 dari kanan) masih lagi ketinggalan dibelakang Boris Shpilevsky ( yg memakai baju biru putih, 5 dari kanan) yg akhirnya hanya berpuas hati di tempat kedua. Hal ini menunjukkan bahawa Andrea Guardini mempunyai semangat juang yg tinggi yg mampu memaksa dirinya utk terus memecut lebih laju lalu dapat merangkul gelaran juara bagi fasa ke-2 ini. Bak kata orang tua-tua, pantang mati sebelum ajal, pantang berpatah sebelum berjuang.

Namun begitu, pecutan terakhir juga bukan sahaja fasa yg paling  penting bagi peserta Le Tour De Langkawi dan juga atlet lumba yg lain, tetapi pecutan terakhir juga sangat penting bagi para pelajar yg hendak menduduki peperiksaan, sama ada peperiksaan di peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam. Hal ini kerana pecutan akhir inilah yg menjadi batu loncatan kepada kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan-rakan serta adik-adik di luar sana supaya jangan mudah mengalah, terutamanya di dalam pelajaran.  Selain itu, janganlah kita meninggalkan kelas-kelas tambahan yang cikgu buat di saat terakhir kerana mungkin pada saat itulah para guru mungkin memberi sedikit tips yang dapat membantu kita di dalam peperiksaan. Janganlah kita mudah perputus asa di peringkat awal dan contohilah semangat juang yg tinggi yg dimiliki Andrea Guardini yg masih tidak mengaku kalah walaupun masih ketinggalan sehingga 200 meter yg terakhir!