Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Mempelajari Susur Galur Keluarga p4!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Recap : Adat Jejak Tanah

Part 4 : Suku org Rao

Org Rao ni banyak sukunye. Ini disebabkan negeri Rao ni bersempadan dengan banyak negeri lain.
Secara umumnya Rao ni adat dan budayanye rojak. Inilah senarai suku2 org Rao..

1. Ampu
2. Kandang
3. Kopuok
4. Pengikuik
5.Mandiling
6. Melayu
7.Kotopang
8. Tanjung
9. Maih Diliang
10. Lubis
11. Nasution

dalam banyak2 suku org Rao ni ada yang asal-usulnye x diketahui

1. Ampu
2.kandang Kopuok
3. pengikuik
4. Mandiling

Tapi selepas dianalisis, para pengkaji bersependapat bahawa..

1. Ampu (mpu) : golongan kaum Brahmana
2. kandang kopuok (benteng) : golongan penglima dan hulubalang
3.Pengikuik (pengikut) : golongan petani , pedagang dan pekerja
4. Mandiling : golongan bangsawan

next !! dalam mempelajari Susur Galur keluarga p5!! : Maksud Orang Rao..

*Rawa ialah sebutan BAKU BAHASA MELAYU unuk Rao. Sebutan yang sebenar dalam bahasa kami ialah rao*

Sunday, August 2, 2009

Mempelajari Susur Galur Keluarga p3!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Recap: Bahasa Rao

Part 3 : Adat Jejak Tanah (jojak tanah)

Cerita sebalik tabir :
Adat jejak tanah ni ialah sebuah adat (macam pantang) kepada anak keluarga diraja Rao ni. Apa pantangnye? Pantangnye ialah diorang x leh pijak tanah (pasir baja kompos...dll) dari lahir hingga 12 purnana (1 thn).
Kalo tersentuh? Bayi tu akan menghadapi saket misteri kadangkala sakit2 biasa je mcm sakit perut/ demam panas.
Kalau sengaja? Bayi tu akan jd bengong / lumpuh / gila sepanjang hayat selagi x gi berubat. (dengan bomoh of course)

Adat ni dilakukan setelah anak tu berumur 12 bln pada hari ke 15 (bulan penuh..) . Kalau termiss tarikh tu kena ler buat pada 15 haribulan pada bulan depan..

Kelengkapan.
1.Nasi kuning
2. nasi putih
3. Bertih (bukan jagung)
4. Emas
5. Perak
6. Keris
7. Kain kuning dll...

Cara
Tukang jejak aka ketua adat akan menyentuh macam2 benda pada kaki anak tu dan bla bla bla dan baruler budak tu boleh jejak tanah...

Nak dijadikan citer ada kawan ayah saya ni x percaya bahawa dia ni keluarga diraja Rao. Apabila anak dia lahir, dia x buat adat ni (itu x pe lg). Tapi masa dia bawak anak dia jln2, anak dia terpijak tanah dlm pasu. Lalu dia diserang penyakit misteri. Langsung kena bawak gi berubat.

Kata2 lawak dalam cerita jenaka org Rao "min nak merah di cet"

Nantikan post seterusnya (istimewa hujung minggu) Mempelajari Susur Galur Keluarga p4!! : Suku org Rao

Penulis mendapatkan bahan untuk menulis kebanyakkannya dari pembacaan penulis sendiri. Antaranya dialah blog2 , laman2 sesawang (www.jaro.com) dan buku Rao Di Sana Sini.

Saturday, August 1, 2009

Mempelajari Susur Galur Keluarga p2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Recap : Pendapat2 orang tentang asal usul rao.

Part 2: Bahasa Rao

Bahasa Rao ni dikatakan berasal daripada bahasa Minangkabau. (tak hairanlah loghat pun sama)

Walaubagaimanapun, disebabkan Rao ni terletak d sempadan Tapanuli (Mandiling) bahasa ni berubah jd dialek yg lain (iaitu bahasa Rao)

Mari kita pelajari bahasa Rao!!

Apo Apa?
Mongapo Mengapa?
Komano Ke Mana?
Bonang Benang
Podang Pedang
Kilen Kalian (korang)

Keluarga

Unyang Monyang
Niniek Datuk
Uci Nenek
Bapak Pak Cik / bapa Saudara
Maciek Mak Cik
Kao Engkao (ko)

Itulah beberapa contoh bahasa Rao.

Next: Adat jejak tanah. Eiee... Nantikan post Mempelajari Susur Galur keluarga p3!!

Sunday, July 19, 2009

Mempelajari susur galur keluarga p1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeh ! Adakah korg bangga dgn keturunan korg? Ya sy bangga dgn keturunan sy. Kali ni asy nk citer psl keturunan sy.Haa jangan pelik..sy ni bukannya org p.pinang pon.. sy + family datang berhijrah dari Ipoh.

Nama keturunan : Melayu Rawa / Rao

Pt 1. Asal usul

Ada banyak mazhab (pendapat) tentang asal usul org Rao ni. Kat sini sy nak citer 4 pendapat yg utama.

Pendapat 1
Perjalanan 2 org yg pengembara utk mencari tanah utk tmpt tinggal. Nama org tu ialah Tuan Borido dan Tuan Kayo yg berasal dr pagaruyung.

Pendapat 2

Berasal dr 50 kaum yg pergi mengembara utk mencari daerah pertanian.

Pendapat 3

Org besar di Rao lari lepas dikalahkan oleh Dt. Gunung Mulia. Thus, org Mandiling ialah org asal Rao.

Pendapat 4

Suku asli Rao berasal dr org Lubu/ Org Ulu yang termasuk dalam geng org Minangkabau.
(sbb tu ler org Rao ni ada sket2 identiti org Minangkabau)

Tu la antara pendapat asal org Rao ni. Nantikan post seterusnya iaitu Mempelajari susur galur keluarga p2.

Kandungan:
1. Identiti org rao iaitu bahasa.