Showing posts with label Anouncement. Show all posts
Showing posts with label Anouncement. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

Pengumuman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sila lawati page 'my videos' kerana beberapa video terbaru telah dimuatnaikkan.
2. Jika anda mahu 'subscribe' blog saya, sila beri email anda dan anda akan diberitahu sebaik sahaja post terbaru diterbitkan.

Terima Kasih!

Thursday, December 24, 2009

Congratulation!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada hero-hero SMKA Al-Irshad yang mendapat 9A dan 8A dalam penilaian menengah rendah (PMR) untuk tahun 2009! Pengetua amat bangga dengan anda.

Saya , sebagai jurugambar rasmi majalah sekolah dan Irshadian Explorer,tanpa buang masa lagi ... gambar!!! Yeah ho!







AMARAN! DISEBABKAN KEADAAN LOW LIGHT DALAM DEWAN, NOISE YANG AMAT MELAMPAU TAK DAPAT DISELAMATKAN. NAMUN PENULIS MENCUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK

Saturday, November 14, 2009

Blog yg bersawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah dimaklumkan blog saya ni bersawang. Jadi , sempena cuti sekolah ni, kita saya akan adakan maraton buat post sebanyak mungkin. Ini ialah senarai post yang akan di post x lama lagi:
1. Sony photography camp
2. Akaun2
3. Siri the technique
4. Magic!!
5. Blah-blah-blah

Pembaca juga boleh tanya soalan tentang fotografi/astronomi/komputer/perkara2 saintifik. Insyaallah dijawab semuanya.

Sidebabkan penulis sedang menghadapi peperiksaan pada hujung minggu, post kemudiannya akan dipostkan isnin petang dengan izinNya.

Jumpa nanti! woowoohooo!

Sunday, October 25, 2009

Bengkel buat teleskop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

best ooh. buat teleskop dgn idolaku iaitu dr chong hon yew , peminat astronomi amatur. Dua hari suntuk menggerit kaca.... sangat memenatkan. Walaubagaimanapun , PAT makin dekat. Kanapa periksa kali ni aku jd ketaq sejuk seram berhantu tol. Utk pengetahuan semua, saya (group saya) telah terpilih antara 15 team seluruh malaysia dlm pertandingan sony living with nature. Nanti 2-4 hb nov (tyme peksa tuuuuu...!!) kami akan ke FRIM kepong, selangor. Bile dapat tau da terpilih rasa nak nyanyi lagu negaraku dan lagu standing in the eyes of the world (ella) ! mmg style ah! wish me luck. So , mcm besa, hasil forografi..


michael jackson

sebijik mcm gambar pemenang taun lps

good mornin'

pokok jejarrrum

gambar ni, holy cow tol sbb apa dia jd cm ni ek?

yo! wish me luck!!

Friday, September 11, 2009

Penambahbaikan Irshadian Explorer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa penambahbaikan website Isrhadian Explorer

1.Penambahan 2 lagi artikel baru
2. Penambahan 3 page baru iaitu "Irshadian Explorer's Team" , "Downloads" dan "Disclaimer"
3. Pelajar boleh download irshadian explorer dalam versi warna dalam bentuk pdf!

penat gak nak buat sume ni. Terima kasih kepada kaki yang terseliuh. Kalo x terseliuh x buat dah...

Saturday, September 5, 2009

Youtube-- new videos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tempoh hari saya ada mengepost untuk promote channel youtube saya. Di sini saya menynaraikan video2 saya.

Dah ada
1.Tarik tali dlm hujan I [watch it here]
2. Tarik tali dlm hujan II [watch it here]

Updated 24 Ogos

1.Smoke bomb I [watch it here]
2. Smoke bomb II [watch it here]
3. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah [watch it here]

Updated 5 september

1.Water rocket (music video) [watch it here]
2. Pusing2 menara taming sari [watch it here]

check out my channel http://youtube.com/cickarn or click here

Wednesday, August 26, 2009

Visit my youtube channel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas, penulis telah mendapat ilham untuk menaiktaraf channel youtube-nya. Sekarang penulis dah update channel nya dan beberapa video yang menarik telah di upload! enjoy!
here (http://www.youtube.com/user/cickarn)

Tuesday, August 11, 2009

Best oh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ialah salah seorang rakyat Malaysia yang melanggan majalah Digital Camera. Dalam majalah tu ada banyak tutorial tentang photoshop dalam photography dan macam2 lg. Saya baru terdetik utk mencuba salah satu tutorial yang menarik . Tutorial tu ajar kita macamana nak buat satu gambar panoramic , yang mengandungi kita. Contoh gambar saya kali ini ialah , "Syihan , syihan , syihan , syihan dan syihan. Kalo ada apa2 pertanyaan sila tanya admin! tq!




syihan,syihan,syihan,syihan dan syihan (klik gambar utk full size)

Friday, August 7, 2009

Malique feat.Tun Dr.Mahathir-Layu

Inilah lagu yang paling best dalam album malique-- Ok
ia membuatkan kita tersedar ...
Mari kita layan sama sama

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menydihkan
dari membiarkan bangsaku dijajah
Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku sorang sahaja yang nampak
Ada juga yang bercadang untuk bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dan tak tergamak
Nanti dikata tidak bersyukur dikata tidak sedar diri
jadi aku menyendiri ... memerhati (blog aku!!)
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan membiarkan bunga tak cantik mekar ke kiri
Aku lihat layu dalam melayu..
Tanah air kita yang punya
Kita siram , kita baja
Tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa..
kita lupa...
nenek moyang kaya raya...
jangan sekali-kali gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam melayu (3x)
Takkan melayu hilang di dunia... Ya
Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tidak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
salalu malu soalan diacu
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut daripada meneraju
sebelum menyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tiada otak
cuma tiak berfikir di luar kotak...
ku lihat layu dalam melayu (3x)
Aku jadi sayu
Bung menangis dia mendayu
mahu jadi cantik
Aku merayu
bangunlah semula...hidup kembali
Jangan tunggu mataharimati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai (3x)
"Perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya."

yeh!!


Wednesday, August 5, 2009

Irshadian Explorer's Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mengikut perbincangan dengan Sir Rosli, kami bersepakat untuk membuat blog untuk Irshadian Explorer ni. urlnye ialah http://eshadexp.wordpress.com singgah2 la ye

Maklumat untuk explorer
Untuk mendaftar menjadi salah seorang contributor , anda mestilah
1. Beri emel anda yang sah kepada admin iaitu ashad_exp@rocketmail.com atau kepada syihan doranikofu@gmail.com
2. Nanti admin akan hantar invitation
3. Sahkan invitation tersebut dan membuat satu akaun wordpress
4. Walahhh anda dah jadi salah seorang contributor.

Untuk pertanyaan sila contact admin (emel ada d atas) atau syihan

Saturday, July 4, 2009

Apakah ini benar ?- seorang ahli astronomi menjawab..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang ni banyak spam yang menyatakan tsunami akan terjadi pada 22 Julai 2009.
Sila ikuti kupasan dan kajian yang dibuat oleh saya.

pertama sekali kita perlu kaji bagaimana tsunami terjadi.
"tsunami can be generated when converging or destructive plate boundaries abruptly move and vertically displace the overlying water"
kemudian kita perlu kaji apakah gerhana matahari dan apakah kesannya.
" Gerhana matahari ialah sebuah fenomena angkasa yang berlaku pada masa tertentu apabila bulan akan bertindih dengan matahari dalam satu garis yang lurus"
Apakah logik gerhana matahari dapat melakukan tsunami?
Semuanya tidak logik. Kita sudah tahu tsunami berlaku apabila plat tektonik bumi bergerak dan menyebabkan air berkocak dan menjadi gelombang.
Konklusinye...
1.macamana gerhana matahari dapat menyebabkan plat tektonik bumi bergerak?
2.dalam perkhabaran , negara seperti malaysia , filipina hinggalah sri lanka akan menerima tempias tsunami itu. Ini bermakna tsunami ini memerlukan plat tektonik yang besarrrr gile untuk menghasilkan tsunami yang 'ditempiasi' oleh negara2 ini. Kalo x caye sila TELITI peta ini
**untuk memudahkan citer, kalo tsunami merangkumi negara2 ni , malaysia pon habih hancoq walaupun anda dok kat gentinghighlands!
"To create a tsunami that will even reach the Malaysia's eastern beaches, an extremely powerful earthquake must
occur. If it occurs in the South China Sea, with Indonesia blocking, how can it reach India??? If can reach India
, then Indonesia, Singapore, Malaysia will be demolished. No need to stay away from beaches also mati!"
**Ini diterbitkan untuk melawan spam yang mengarut dan menggelabahkan orang yg kurang ilmu, jadi JANGAN PANIK. kalo nak jadi , x pe , sistem amaran tsunami jepon amat cekap. sampai maklumat dlm 1 saat!**

Saturday, June 20, 2009

Woo hoo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ahh seronok giler x yah g kem... maknanya aku dpt g USM!! Apa aku buat di sana?
Haa.. kami diberi penghormatan untuk mengendalikan sebuah gerai . Ada apa kat USM? Untuk memperkenalkan muzium galeri tunku fauziah (USM) mereka telah membuat pelbagai rancangan. Salah satunya ialah karnival seni dan sains .

--TransformasI--

di sini ada beberapa gambar yang best untuk dikongsi ... yang selebihnye boleh tengok di galeri photobucket saya d http://s441.photobucket.com/albums/qq133/Cickarn/jun%202009/ [kalo x jumpa jugak x tau ler]



--TransformasI--

APa yang transformasi ?
Dalam penglibatan saya kat event ni ... saya dapati

1. Pengalaman jaga booth
2. Pengalaman berjumpa dengan macam2 orang
3. Masuk galeri SENI tapi ada SAINS
4. Perkembangan cosplay di malaysia..
5. FIRST TIME PEGANG SLR TUUUUU [)(@&^$%&%^%@&%&()@)$!$&!!!!]
6. Sedar d malaysia ni masih banyak awek..
7. Falsafah fotografi '"([{-merakam kenangan terindah-}])"'


uish.. bestnye dpt bergambo dgn cosplayer.. sukacita untuk dimaklumkan org yg d bwk topeng ni ialah sechantique ni...
tengok? cantik tak?


Dr. Danial Zainal Abidin yang berilmu pun turut serta dalam acara ni


Ah Boy, kurator booth SMKA Al-Irshad. aka pedagang rempah
(dacing tu guna utk timbang rempah..)

Tuesday, June 16, 2009

Abstrak untuk pameran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini untuk backup. Takot terhilang . Ada permenant copy mudah sket. Tapi kalo nak baca boleh baca! [yang penting ari sabtu+ ahad aku x g kem]

Sepintas lalu.

Sekolah Menengah Agama Al- Irshad Kepala Batas.

Tema : Keseimbangan

Kami memilih tema keseimbangan kerana keseimbangan ialah sebuah topik yang paling mudah difahami oleh orang ramai. Dari segi sains , kami menggunakan konsep fizik untuk mencari titik keseimbangan sesuatu benda supaya ia kekal stabil.

Bagaimana keseimbangan berfungsi?

Kami akan gunakan neraca untuk menerangkan konsep ini. Untuk mencapai kestabilan, kita perlu pastikan panjang kedua-dua lengan sama. Jika anda mempunyai lengan yang lurus dipasangkan pada titik tumpu (fulkrum), bersama dua berat yang sama digantung pada kedudukan yang sama, anda boleh lihat lengan itu akan seimbang.

Apabila jarak pemberat tidak sama daripada titik tumpu (fulkrum), salah satu pemberat akan terjongkit ke atas. Apabila jarak pemberat x lebih dekat daripada titik tengah , pemberat x akan terjongket ke atas dan pemberat y akan turun ke bawah, dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini juga berkaitan dengan sistem tuas kelas pertama.

Apabila kedudukan x lebih dekat dengan titik tumpu, maka x memerlukan lebih banyak daya untuk mengimbangi lengan neraca ini. Konklusinya, lebih dekat kedudukan x dengan titik tumpu, lebih banyak daya yang diperlukan tuntuk mengimbangi lengan neraca. Begitu juga jika keadaan ini dikenakan kepada pemberat y.

Kaitan dengan sains

Selalunya jika kita lihat neraca kita akan terbayang-kan sesebuah keadilan. Keadilan ini amat penting dalam hidup kita. Jika tiada keadilan, negara kita akan menjadi kucar kacir. Selain itu, keseimbangan amat penting dalam hidup seseorang. Keseimbangan ini mempunyai banyak cabangnya sebagai contoh keseimbangan dalam membahagi masa, membahagi tugasan dan lain lain

Monday, March 23, 2009

Satu jam untuk bumi


Karam Singh Valia dan Lynn Lim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernahkah saudara menonton iklan ini?



Sejarah

Program ini bermula di Sydney, Australia pada tahun 2007 dimana 2.2 juta rumah dan kilang-kilang menutup lampu
mereka selama satu jam. Pada 2008 mesej ini telah berkembang dengan pesat dengan 50 juta orang menutup lampu di
mereka. Semua mercu tanda dunia seperti rumah Opera di Australia , Jambatan di San Francisco , Colloseum di Rom
dan lain lain di dalam kegelapan. Pada tahun ini , program Earth Hour talah melangkah ke hadapan dengan harapan
1 bilion rumah menutup lampu mereka sebagai tanda mengundi bumi. [undi bumi daripada undi pemanasan global]
Sebanyak 74 negara telah menjujukkan sokongan yang padu bagi menjayakan program ini dan angka ini bertambah
hari demi hari.

Tenaga yang dijimatkan

Maklumat daripada WWF Thailand, Bankon telah mengurangkan kadar penggunaan eletrik sebanyak 73.34 megawatts ,iaitu bersamaan dengan 41.6 tan karbon Dioksida. Angka ini lebih kecil daripada kempen yang hampir serupa oleh Majlis Bandaran Bankok pada Mei dua tahun lalu dimana 530 megawatts- per jam telah dijimatkan dan 143 tan pengeluaran karbon dioksida dapat dihalang.

Lagi daripada petikan ini dari wikipedia;

Toronto saved 900 megawatt-hours of electricity. 8.7% was saved if measured against a typical March Saturday night. Ireland, as a whole, had a reduction in electricity use of about 1.5% for the evening.In the three-hour period between 18:30 and 21:30, there was a reduction of 50 megawatts, saving 150 megawatt-hours, or approximately 6 tonnes of carbon dioxide.

In Dubai, where external lighting on several major city landmarks was turned off and street lighting in selected areas was dimmed by 50%, the Electricity and Water Authority reported savings of 100 megawatt-hours of electricity. This represented a 2.4% reduction in demand compared to before the hour began.

The best result was from Christchurch, New Zealand. The city reported a drop of 13% in electricity demand. However, Transpower reported that New Zealand's power consumption during Earth Hour was 335 megawatts, higher than the 328 megawatt average of the previous two Saturdays.[18] Melbourne, Australia saved 10.1% of electricity. Sydney, being the city that participated both 2007 and 2008 Earth Hour, cut 8.4% electricity consumption. This is less than last year's 10.2%, however Earth Hour executive director Andy Ridley made the claim that after factoring margin of error, the participation in this city is the same as last year.

The worst result was from Calgary, Canada. The city's power consumption actually went up 3.6% at the hour's peak electricity demand. In Calgary, however, where weather plays a large role in power consumption, the city experienced weather 12°C colder than the previous Saturday's recorded temperature.

The event was interpreted as tokenism, and some focused on the reduction of carbon emissions, whether the significant reduction in electricity consumption reported occurred at all, and questionable coverage of the event by the media conglomerate that sponsored it. It should be noted that the Earth Hour is very similar to the grassroots Earth Day Energy Fast, which from 1991 to 2007 proposed going completely without man-made energy each Earth Day. Earth Day Energy Fast was folded in 2007 since the campaign's founder claimed it was "too late" for such a campaign to have meaningful impact.

The United Nations Conference on Climate Change in Bali made clear that signatories to the Kyoto Protocol accept that greenhouse gas emissions reductions of from 25 to 40% are necessary by 2020 to reduce the impact of global warming which is causing sea level rise and numerous other problems. In that context Earth Hour is at worst tokenism or at best creating awareness to lead to further steps like switching to green power from sources such as wind power, solar power, or nuclear power, and away from electricity produced by burning fossil fuels like coal, natural gas and petroleum.

According to figures from EnergyAustralia, a local utility, mains electricity consumption for the 2007 event in Sydney was 2% lower during the Hour than would be expected given the time, weather conditions and past four years' consumption patterns. The Herald Sun equated this with "taking 48,613 cars off the road for 1 hour." Critics, most notably Columnist Andrew Bolt, labelled this as "A cut so tiny is trivial - equal to taking six cars off the road for a year". In context, the six cars equates to there being six fewer cars on the road at any given point of time in the day or night. In response to this criticism, the organisers of Earth Hour counter that "If the greenhouse reduction achieved in the Sydney CBD during Earth Hour was sustained for a year, it would be equivalent to taking 48,616 cars off the road for a year." and they also note that the main goal of Earth Hour is to create awareness around climate change issues and "to express that individual action on a mass scale can help change our planet for the better." and not about the specific energy reductions made during the hour being all that's required.

The 10.2% figure was itself challenged in a detailed analysis by David Solomon, a finance student at the University of Chicago. Solomon used eight years of electricity usage data to conclude that the Earth Hour-inspired drop was 6.33%, and that after other potential factors were taken into account, 2.10%, "statistically indistinguishable from zero." In some areas in the Northern Hemisphere, it will be twilight at 8 p.m., removing some of the advantages of the event.

David Soloman claims that 2007 Earth Hour cut Sydney's mains electricity consumption by 2.1%. Earth Hour 2008 was held internationally on 29 March 2008 from 8 p.m. to 9 p.m. local time, marking the first anniversary of the event with many partner cities and individuals around the world participating.

Peranan Anda

Apa yang anda perlu buat ialah menutup lampu selama satu jam iaitu dari pukul 8.30 malam hingga pukul 9.30 malam
pada hari sabtu , 28 mac 2009!

Contoh badan-badan yang menyokong program ini.

-1 utama shopping centre
-Air Asia
-Astro
-Bursa Malaysia
-belambak lagi!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menentukan masa hadapan generasi kita yang akan datang!

Sunday, March 22, 2009

Siri Holiday in Malaysia -- Melaka

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Lepas melilau2 kat Port Dickson serta tempat2 sekitar, kami terus ke Melaka, bandar bersejarah..Hari pertama banyak melilau kat Rembau cari makam2 raja2 dulu2.. Sy sampai kat hotel pd kul 4 ari isnin. Malam tu berjalan di persisir sg Melaka.
Untung, kebetulan plak ada pesta tanglung [tapi eletrik nyer]. Cantiknyeee. Dengan kamera yang tepat dan tangkas sy mengambil gambar gambar ,gambar. Esoknye masuk muzium TLDM. Seronok...Tp ada 1 benda yg x seronok. Diorang kunci bilik koleksi senjata.
Sy pun tanya ler brader tu. Dia kata senjata yg pernah dipamerkan kt situ ialah senjata yg masih idop. Kalo ada org yg pro sket , bolehler guna tp skrg simpan dan bukan di sana lg . Pastu kami zoom ke muzium samudera , naik river cruise , menara taming sari , masuk muzium rakyat , muzium UMNO. Malam tu sy berkesempatan gi ekspo barangan tempatan. Tp henpon buatan m'sia x de jual pn?
Itulah. Saya menyeru kepada rakyat m'sia supaya bergilah bercuti dalam M'sia sbb kita pun x habis pusing negara sendiri. Tgk la, sy dh 3 ari kat Melaka tp x habis pun! Ada lg yg menarik. "Cuti2 Malaysia, banyak yang nak dilawati, banyak yang hendak diterokai"






Penerangan gambar
1.Miniature, daripada atas menara taming sari!
2.penumpang kepada bot di hadapan. Time tu tgh ujan
3.Pekerja membaiki tembok sg Melaka. Edited version. Sama cm pameran fotografi di menara taming sari.
4.Pesta tanglung di mlm ari
5. Flora de Mar. Kapal di mlm hri



Siri Holiday in Malaysia-- Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Huaaa. Tahun ni pergi lagi Port Dickson tapi dengan kamera baru.. Apa lagi.. sepanjang percutian ni ada 400 gambar yang telah di tangkap termasuklah 8 video. Sampai Port Dickson pada ari ahad pd kul 12.30 mlm. Huuu. Esok paginya buat tahi mata puas2. Siapa kata Port Dickson ni tarikan dia pantai je? Muzium tentera , makam Raja Melewar , Kompleks sejarah kat Rembau dll. Pergi tempat2 ni dapat macam2 maklumat. Dekat kompleks sejarah , baru ler kita sedar punyalah orang melayu nak beraja , sampai sanggup pergi jemput raja dari Sumatera? Sekarang dah terbalik.. orang dh x mo raja. Muzium tentera? Menandingi keseronokannya jika dibandingkan dengan pergi Genting Highland. Sebab? Sebab kedai cenderamata dia ada mcm 2 barang tentera .Just name it. Topi? Baju? Lencana? Aaadaa. Kalo pandai ayat dpt diskaun .Masa saya pergi pd Isnin minggu lepas, dia tutup plak. Nasib baik ada benda lebih menarik : melihat Askar melayu berlatih berkawat! Pegang m4 plak tuh. Hampir keseluruhan perjalanan kawat tu sy videokan. Tp ada plak guard tu datang bwk styer kata jangan amik gambar. Gila hapa? Sy pon masukkan cam dlm handbag mak. . Citer panjang pun x guna mari kita proceed kpd gambar..






Monday, February 23, 2009

Viideyo tarik tali from u-tube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kuang3 video high quality tarik tali laki telah di uploadkan !! usha

http://www.youtube.com/watch?v=ij2kuIxdT6I atau klik sini
http://www.youtube.com/watch?v=27N7QI4-DE4 atau lkik sini

psst nak bagitau rashia ni.. video di atas = video pd post yg lepas. Jangan mara hee!

oleh Spir0@ Cickarn

Thursday, February 19, 2009

Geng : Penembaraan Bermula bersama upin dan ipin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 12.02.2009 , bermulalah tayangan cerita Geng : pengembaraan bermula bersama upin dan ipin di panggung-panggung wayang di seluruh negara
Ha? Tak tahu pasal cerita ni? Aii ruginya ...Tak pe la.. mari saya beritahu anda..

Geng ? Cerita apa tu?
Geng ialah sebuah cerita animasi 3D BUATAN MALAYSIA yang diterbitkan oleh Les' Copaque production yg brtapak di Shah Alam.
Cerita ini mengisahkan dua orang pemuda daripada bandar pulang ke kampung. Mereka telah bertemu dengan Upin dan Ipin serta ramai lagi watak cerita ini.
Tak payah panjang cerita ... kita usha trailer dia..



Hehehee...mesti anda tertarik dengan filem buatan anak watan ni kan? Kalau nak tahu lebih lebih lebih...lagi kita tengok The Making of Geng

The Making part 1


The Making part 2


The Making part 3


haa.... video-video di atas mempunyai bannnyyyakk maklumat pasal citer ni. Kan? Kan?

Saya dengar pasal syarikat Les' Copaque..saya nak tahu lebih tentangnya.
Les' Copaque Production Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Les Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat, pembikinan penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Eeehh? Les' Copaque? Nama cam diambil dari bahasa Perancis je..nape dari Malaysia plak?
Ahaha!! Diorang menamekan studio diorang sempena 1 perkataan bahasa Melayu "last kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.Diorang memang kreatif..sbb tu la diorang dapat menghasilkan filem yg baik!

Haa.. Bagi sesiapa yang ada laman web bolehlah promotekan hasil2 diorang dengan memaparkan banner cm ni


dan banyak lagi yang anda boleh dapati di http://www.lescopaque.com/onlinekits/index.html atau klik sini.

Selain daripada cerita ni diorang [Les' Copaque] ada membuat 1 citer animasi 3D yang bertajuk Upin Dan Ipin yang disiarkan di TV9. Kepada yang ingin tengok citer ni daripasa musim pertama ,boleh usha2 kat laman web rasmi Upin dan Ipin di http://www.upindanipin.com.my/ ataupun search kat youtube!

Kalau rase maklumat kat sini masih tak menepati kehendak anda sila ikuti pautan luar:

1.Blog Les' Copaque Production @ http://gengmovie.blogspot.com/2008/11/lawatan-karangkraf-g3-dan-majalah-pc.html
2. Laman web rasmi Geng @ http://www.gengthemovie.com/
3. World of Geng @ http://www.upindanipin.com.my/worldofgeng/index.html
4. Laman web rasmi Upin dan Ipin @ http://www.upindanipin.com.my/
5. Forum laman web rasmi Les' Copaque @ http://www.lescopaque.com/forum/
6. Laman web INGAT @ http://www.ingat.com.my/
7. Les' Copaque Training centre @ http://www.lescopaque.com/training/
8. Geng media kits @ http://www.lescopaque.com/onlinekits/
dan mestilah laman web rasmi Les' Copaque yg termahsyur di http://www.lescopaque.com/index.html

Huaa panjang citer kali ni. Saya harapkan Les' Copaque membawakan lebih banyak citer yg gempak2 pada masa akan datang...
Sokonglah Animasi Tempatan!!!

Saturday, February 7, 2009

Spir0 as a.... --- news photographer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Haha. Bila dah minat nak jadi photographer mestilah cuba berbagai cabang dalam fotografi ni. Setakat ni saya dah cuba jadi nature photographer , wedding photographer , astrophotographer dan ini sebagai photographer utk surat khabar! Hehee.. walau apa2 pun layan dlu gambar2 ni!

Berita yang perlu di cover : Kepala Batas, 1 Febuari - Larian amal dan konvoi Untukmu Palestin anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dan Persatuan Belia Pulau Pinang. Acara ini disempurnakan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Pulau Pinang untuk melepaskan konvoi berkereta , berbasikal ,bermotor serta larian. Acara ini disertai oleh pelajar KMPP , Kolej Komuniti Kepala Batas , Giatmata Pongsu Seribu , USM , Persatuan basikal Pulau Pinang , Persatuan Motor Pulau Pinang dan orang ramai. Laluan konvoi kenderaan bermula daripada Kolej Matrikulasi Pulau Pinang , Kompleks Kailan , Pekan Kepala Batas , Permatang Bertam , Permatang Buluh , Sg Dua , Pokok Sena dan kembali ke KMPP manakala laluan pejalan kaki ialah dari KMPP , Kompleks Kailan , Pekan Kepala Batas , Permatang Bertam dan kembali ke KMPP.



budak pun ada..

salah sebuah motor berkuasa tinggi yang mengikuti konvoi [boleh wat wallpaper nii..!]

motor 2
peserta larian

peserta berbasikal

Banyak lagi gambar yang menarik daripada event ni. Sila layari http://photobucket.com/spiro
atau klik sini

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-
PS : aku pon lari sekali tapi amik shortcut 2 kali heheee...

Thursday, February 5, 2009

Sebak di dada berulang setiap kali ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak kongsi sedikit. Kebelakangan ni TV3 selalu mengulang berita-berita lama yang telah disiarkan dalam iklan ketika berita utamanya. Salah satu berita yang paling saya terasa hati ialah ketika pengumuman Tun meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO.


Setiap kali...rasa nak menangis. Sedih! Di video tu la menunjukkan ramai orang ambil berat pasal Tun.

Lagi satu video pasal Tun yang membuatkan saya terharu.




Itu je Adios!