Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Photo essay - Le Tour De Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pecutan terakhir -The Last Sprint (hakcipta terpelihara kpd pemilik blog)

Pecutan terakhir. Pecutan terakhir ialah fasa yg paling penting utk peserta-peserta Le Tour De Langkawi. Hal ini kerana pecutan ini mungkin dapat merubah nasib mereka. Pecutan  inilah yg mungkin menyebabkan mereka berjaya mendapat tempat pertama dan percutan inilah yg mungkin menyebabkan mereka kecundang. Gambar ini diambil ketika para peserta sedang melakukan pecutan utk 200 meter yg terakhir. Di dalam gambar ini kita boleh lihat, pemenang bagi fasa 2 Le Tour De Langkawi, Andrea Guardini (yg berbaju kuning, 4 dari kanan) masih lagi ketinggalan dibelakang Boris Shpilevsky ( yg memakai baju biru putih, 5 dari kanan) yg akhirnya hanya berpuas hati di tempat kedua. Hal ini menunjukkan bahawa Andrea Guardini mempunyai semangat juang yg tinggi yg mampu memaksa dirinya utk terus memecut lebih laju lalu dapat merangkul gelaran juara bagi fasa ke-2 ini. Bak kata orang tua-tua, pantang mati sebelum ajal, pantang berpatah sebelum berjuang.

Namun begitu, pecutan terakhir juga bukan sahaja fasa yg paling  penting bagi peserta Le Tour De Langkawi dan juga atlet lumba yg lain, tetapi pecutan terakhir juga sangat penting bagi para pelajar yg hendak menduduki peperiksaan, sama ada peperiksaan di peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam. Hal ini kerana pecutan akhir inilah yg menjadi batu loncatan kepada kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan-rakan serta adik-adik di luar sana supaya jangan mudah mengalah, terutamanya di dalam pelajaran.  Selain itu, janganlah kita meninggalkan kelas-kelas tambahan yang cikgu buat di saat terakhir kerana mungkin pada saat itulah para guru mungkin memberi sedikit tips yang dapat membantu kita di dalam peperiksaan. Janganlah kita mudah perputus asa di peringkat awal dan contohilah semangat juang yg tinggi yg dimiliki Andrea Guardini yg masih tidak mengaku kalah walaupun masih ketinggalan sehingga 200 meter yg terakhir!

Tuesday, September 7, 2010

The Technique : Lightpainting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tak ramai orang tau pasal lightpainting ni. Bila sekali pandang tajuk post ni : "kenapa bodoh sgt org ni? cmne nak melukis menggunakan cahaya? "
Dalam fotografi, kita boleh!...tapi bagaimana?

1. Setting your camera
Mode : Manual
Shutter speed : 8"
Aperture : 2.8...tp x lebih drpd 5
ISO : 400 dan kebawah

2. Equipment
-A torchlight
-A clear colour filter

3. Step
a- set camera kat tripod
b- set timer kpd 10 saat
c- bagi pengguna dslr, gunakan manual fokus
d- sebelum menekan shutter, practice dulu apa yg kta nak buat, cth : huruf A / apa2 objek
ingat! : segala bentuk yang  anda 'lakarkan' mestilah terbalik
e- bila dah puas hati, baru la tekan shutter
f- saksikan hasilnya sendiri!



penulis sedang membuat huruf "s"

hasil

Wallahu a'lam
p/s : sbrg pertanyaan boleh dihantar pada doradora_chan123@yahoo.com [subject: soalan]
ataupun melalui facebook ataupun comment!

Thursday, December 24, 2009

Congratulation!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah kepada hero-hero SMKA Al-Irshad yang mendapat 9A dan 8A dalam penilaian menengah rendah (PMR) untuk tahun 2009! Pengetua amat bangga dengan anda.

Saya , sebagai jurugambar rasmi majalah sekolah dan Irshadian Explorer,tanpa buang masa lagi ... gambar!!! Yeah ho!







AMARAN! DISEBABKAN KEADAAN LOW LIGHT DALAM DEWAN, NOISE YANG AMAT MELAMPAU TAK DAPAT DISELAMATKAN. NAMUN PENULIS MENCUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK

Monday, December 14, 2009

Spir0 as a wedding photographer (again)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari sabtu lepas , saya ikut sensei gi tgk cara dia kerja. Kerja apa? ...Sebagai wedding photgrapher.
Sesi pagi dimulakan di penaga. Pertama sekali... majlis akad nikah kemudian ..bacaan doa selamat dan sesi indoor shooting bersama pengantin. Nasib nampaknya menyebelahi saya kerana masjid di penaga tu lightingnya amat mencukupi utk mengcover kelemahan kamera saya. Selain itu.. latar tempat yang menarik juga membantu saya dlm sesi ini.

Namun begitu , sesi kedua yg berada di junjong (Masjid tasik , junjong ,SPS) amat mengecewakan saya. Keadaan lighting yg amat menyedihkan. Itulah cabaran yang dihadapi oleh jurugambar2 utk memenuhi hajat client. Tapi sensei x mempunyai banyak masalah kerana dia mempunyai perancangan yg begitu rapi seperti mempunyai unbrella , mempunyai kamera yg baik (dr segi sensornya) dan flash yang baik. Selesai sesi akad nikah masjid, sudah tiba masanya utk ke rumah pengantin utk memulakan sesi indoor shooting. Para jurugambar jg perlu kreatif dan mempunyai komunikasi yg baik dgn pengantin supaya gambar yg baik boleh d hasilkan.

Imaginasi amat penting kepada para jurugambar kerana mrk perlu merancang dahulu shot yg akan d ambil walaupun bukan d lokasi sebenar. Imaginasi inilah dapat membantu kita mengubah sebuah kawasan semak yg kotor dll kpd sebuah tempat yg cantik.. mesti pembaca tertanya2 apa maksiud saya yg sebenarnya. Oleh itu sila lihat hasil karya saya (ORIGINAL)

gambar yg cantik kan? tapi tmpt shooting ni ialat kat smak2 kecik tepi jalan.

di tepi tingkap, sy menggunakan spot metering supaya cahaya hanya menyinari pengantin


sesi outdoor
salah satu dulang hantaran. cahaya yang menyinari tingkap dapat memberi kesan seperti spot metering kerana ia menyinari satu tempat sahaja

sesi pembatalan air sembahyang

amik gambar dlm cermin..

seakan2 frame...

cahaya yang menynari tingkap...kreatif


pepatung..-
poster yg buat sendiri..cacat sikit ler...biasalah budak baru belajar..

Kesimpulannya
1. Dpt pengalaman dlm salah 1 cabang fotografi
2. Dapat teknik yg baru
3. Tahniah kepada para pengantin
4. Terima kasih kpd sensei yg bw saya ke sana.

adios!

ps:
1. Makan nasi free
2. Tgk pasangan tu mmg bahagia ke anak cucu
3. Sayangnya batuk... x dpt munum ais
4. Pengantin lafaz akan nikah skali je..(hah)

Saturday, December 12, 2009

Sony Living With Nature Camp 2009!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Woah! Bila tau kami ialah wakil pulau pinang utk ke kem fotografi peringkat kebangsaan, hati rasa seronok sangat! Meloncat2! Esok paginya pergi jumpa sir rosli utk tgk surat yang d fakskan oleh sony... rasa kenikmatan...

Itu tak perlu cerita, yang pentingnya pengalaman di kem..

setelah menaiki van "SMK MENGKUANG" dan mendengar radio "MENGKUANG FM" yang merengek pasal duit minyak ...selama 4 jam gitu.. sampai la di kepong. (woo pak cik tu rempit! bawak 140km/j! tp rasa goyang pun x!) Turun je van tu rasa rendah diri mula terasa.. tengok bdk2 sume bwk kuar DSLR diorang , mencuba2 menembak , servis kamera , dan setting kamera...kami (saya , harith , aiman) dengan rasa rendah diri jalan utk mengambil makanan. Dimulakan dengan pendaftaran , check in, berjumpa dgn faci (toh chee wah) dan makan dgn penuh sopan santun sambil memegang nama SMKA Al-Irshad. Hari yang pendek tu dimulakan dengan pembentangan projek 3R (respek rilek respon) (hakikat : reuse reduce recycle) . Nasib baik kump kami third last.. bleh la tgk kump laen buat dlu

Tengok smua ahli kump, saya tgk ada satu ah moi tu mmg (@)&%^ dan (@Q^$ saya amat )(@&$^ dengannya. Harith dan aiman juga mempunyai pendapat yg sama. Nk d jdkan cite, ada 1 kump ni , projek 3r depa sebijik dgn proj kami. Kami pun terasa tercabar. Oleh itu , ketika pembentangan , pendustaan berlaku secara berleluasa semata2 utk menambat hati juri. -.-"

Hal itu kita tolak ketepi.

Habis sesi pembentangan , ada sesi pelajaran asas2 fotografi (paham2 la cm rule of third). Time tu mmg pasif sbb masih x kenal lg peserta lain. Al maklumlah peserta dr sluruh m'sia. Malam tu main games..dan tidur awal (biasalah..)

Esok pagi buat apa?

Pagi2 ada sesi jungle trekking.. time ni lah kami perlu berusaha mencari gambar yg smat2 utk pembentangan mlm nanti...Msk utan , jth dlm lumpur , panjat bukit, turun air terjun , ...dr kul 8 ------1.00 !! Pnt gile kentang!! Ptg tu gak kami kna plih gmbr trbaik utk d bntgkan kpd juri.

MALAM PENENTUAN

seperti biasa , giliran kami ialah yg ke third last.. jd bleh rilek dlu. bila smpi giliran kami , saya sbg pengintro , intro dgn ala2 hip hop (what's uP!?) dan saya menyanyi lagu hijau (zainal abidin)..
Pembentangan seterusnya d truskan oleh harith + aiman. Akibatnya kami telah d puji oleh salah seorang juri!!

ESOK HARI , PENYAMPAIAN HADIAH
walaupun x menang kami rasa amat gembira sbb bleh dtg ke kem ni dan berjumpa dgn pelbagai org (dan aweks).. tahniah kpd pemenang!

Seperti biasa, hasil karya tergulung (bkn terULUNG)






daripada gambar2 di atas, saya telah buat 1 majalah fotografi dengan menggunakan indesign
utk view tkan ini
untuk koleksi gambar2 yang lain , bolehlah view dengan menekan ini

p/s :
1.CHegar juga nyanyi lagu hijau tu..
2. Amik kesempatan zoom lens kamera utk tgkp gmbr ah moi tu
3. Jatuh atas lumpur.. seluar kotor kau2
4. Hadiah tmpt pertama = second = third = photo frame , printer
5. Seronok nyanyi lagu hijau sbb awek2 sume bleh blah..
6. Malam last bukak meja judi.. main black jack + bluff - aku jd juara siap (tanggal nama SMKA)
7. Cerita pasal awek dlm van , dlm perjalanan pulang..

Ke terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Eeh? Jauhnya, ke terengganu! buat apa? Kat sana ada kem astronomi anjuran jabatan mufti pulau pinang..Selama beberapa hari di sana saya dapat menonjolkan ilmu falak yang telah dipelajari selama ini. Oleh itu , dalam pertandingan pembentangan , kumpulan saya mendapat tempat ke 3! Woo hoo! Tetapi tahniah juga kepada adilla dan izzati afiqah sbb kumpulan masing2 mendapat tempat pertama dan kedua. (Oh, mungkin sbb kehandalan diorang blah! blah! blah! -.-" ). Di sana dapat banyak pengalaman seperti melihat teleskop gaban milik KUZA (RM2x10^7!!) , berjumpa dengan org yg smart cm EN AHMAD TAUFAN , memiliki rubu' mujayyab sendiri dan bermacam2 lagi!

Sayangnya , masa kat terengganu tu , hujan x berhenti henti... jadi x dapat banyak berkarya sbb takut kamera kena air hujan.. Tetapi saya x kan menghampakan pembaca. Ada beberapa gambar yang menarik utk dikongsi.


hah!

mana satu nak ikut?

dari terengganu terbang ke KL

style...bokeh kat blakang..

taman tamadun islam


sekian saja! woo

p/s : kenapa ang cadang nama aku jd penghulu!!

Sunday, October 25, 2009

Bengkel buat teleskop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

best ooh. buat teleskop dgn idolaku iaitu dr chong hon yew , peminat astronomi amatur. Dua hari suntuk menggerit kaca.... sangat memenatkan. Walaubagaimanapun , PAT makin dekat. Kanapa periksa kali ni aku jd ketaq sejuk seram berhantu tol. Utk pengetahuan semua, saya (group saya) telah terpilih antara 15 team seluruh malaysia dlm pertandingan sony living with nature. Nanti 2-4 hb nov (tyme peksa tuuuuu...!!) kami akan ke FRIM kepong, selangor. Bile dapat tau da terpilih rasa nak nyanyi lagu negaraku dan lagu standing in the eyes of the world (ella) ! mmg style ah! wish me luck. So , mcm besa, hasil forografi..


michael jackson

sebijik mcm gambar pemenang taun lps

good mornin'

pokok jejarrrum

gambar ni, holy cow tol sbb apa dia jd cm ni ek?

yo! wish me luck!!

Sunday, October 4, 2009

Hari Kantin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ni mmg sebok giler pasal ari kantin ni. Paham2 ler, kite ni dah besar, masing2 ada tanggugjawab. Kelab astronomi tidak ketinggalan utk membuka gerainya sendiri.Mini KFC menjadi pilihan menu gerai. Popcorn ayam, sosej dll. Saya juga seperti biasa mengambil kesempatan utk menghaslkan karya fotografi. Dengan persiapan yang rapi seperti mengecas bateri kamera, mengosongkan kad memori dan meneliti aturcara, saya telah berjaya untuk menghasilkan karya yang amat berkualiti. hari yang mendung itu dimulai dgn pemeriksaan barisan kawad dan ucapan perasmian. Kemudian diikuti dgn  pertandingan kawad kaki dan jualan gerai berslangsung hingga ke ptg. Seperti biasa ramai cikgu-cikgi (perempuan) meminta gambar2 aktiviti dr saya. Bermula pukul 3 , saya dan aqil memulakan misi 'street magic', mengenakan guru2 dan kawan kawan. Saya, seperti biasa membawa magik yang klasik yang dikenali sebagai Svengali. Aqil membawa sebuah magik ekstrem yang 'memaku' paku ke dlm hidungnya . Pa'aq tlh menunjukkan perangai penakutnya dgn menjd x tentu pasal melihat aksi yang dibuat oleh aqil. Saya dan aqil telah mengenakan banyak orang dari pelbagai lapisan seperti pelajar ; shukri , ain , suwadi , nelza , anis , din , khalili , taufik dll. guru; tc hafifah, cg zahrah , cg mustafa ,ust musli, sir ashraf , ashraf , anas , tc lela , cg jam , juga x ketinggalan cg aziz dan cg jamel. Buat magik kat cg zahrah terus dapat tawaran (mcm tender) utk wat persembahan kat hari penyampaian hadiah koko. hari ni mmg sebuah hari yang best. Lepas enjoy kat sek kita tido puas2 kat umah sampai tak tau hari ni hari apa?

p/s:
1.Cikgu aziz ajak gi menembak dgn dia. Best giiiiila
2. Aiman kuang hajo x bg aku jwb soklan
3. Buat magic dan mengenakan orang mmg menyeronokkan
4. X bercakap dgn $&!$$
5. Beberapa tragedi gila berlaku
6. Hasil karya  fotografi yg memuaskan

Photobucket

Tiang

Flyin kick

Reflection

Tangan

reflection

Wide angle

Baris panjang

reflection

reflection






Penaik bendera

klik gambar untuk full size!

Tuesday, August 11, 2009

Best oh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ialah salah seorang rakyat Malaysia yang melanggan majalah Digital Camera. Dalam majalah tu ada banyak tutorial tentang photoshop dalam photography dan macam2 lg. Saya baru terdetik utk mencuba salah satu tutorial yang menarik . Tutorial tu ajar kita macamana nak buat satu gambar panoramic , yang mengandungi kita. Contoh gambar saya kali ini ialah , "Syihan , syihan , syihan , syihan dan syihan. Kalo ada apa2 pertanyaan sila tanya admin! tq!




syihan,syihan,syihan,syihan dan syihan (klik gambar utk full size)

Friday, August 7, 2009

Last night observation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tau tak malam semalam ada gerhana bulan pemumbra? Aha, ada! Tapi gerhana tu x nampak kat Malaysia. Walaubagaimanapun saya telah menjalankan sedikit pencerapan pada pukul 10.30 malam semalam. Bulan pada ketika itu bulan amat cerah . Juga kelihatan planet Jupiter pada arah pukul 5 dari bulan


bulan oh bulan..


gambar di atas ialah imej sebenar planet jupiter.
Tiga imej dibawah ialah gambar planet jupiter yang diambil semalam.


Lihatlah kawah bulan kelihatan amat jelas.

Gambar simulasi kedudukan bulan dan planet jupiter


file .gif suasana bulan semalam