Showing posts with label Photo Essay. Show all posts
Showing posts with label Photo Essay. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Photo essay - Le Tour De Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pecutan terakhir -The Last Sprint (hakcipta terpelihara kpd pemilik blog)

Pecutan terakhir. Pecutan terakhir ialah fasa yg paling penting utk peserta-peserta Le Tour De Langkawi. Hal ini kerana pecutan ini mungkin dapat merubah nasib mereka. Pecutan  inilah yg mungkin menyebabkan mereka berjaya mendapat tempat pertama dan percutan inilah yg mungkin menyebabkan mereka kecundang. Gambar ini diambil ketika para peserta sedang melakukan pecutan utk 200 meter yg terakhir. Di dalam gambar ini kita boleh lihat, pemenang bagi fasa 2 Le Tour De Langkawi, Andrea Guardini (yg berbaju kuning, 4 dari kanan) masih lagi ketinggalan dibelakang Boris Shpilevsky ( yg memakai baju biru putih, 5 dari kanan) yg akhirnya hanya berpuas hati di tempat kedua. Hal ini menunjukkan bahawa Andrea Guardini mempunyai semangat juang yg tinggi yg mampu memaksa dirinya utk terus memecut lebih laju lalu dapat merangkul gelaran juara bagi fasa ke-2 ini. Bak kata orang tua-tua, pantang mati sebelum ajal, pantang berpatah sebelum berjuang.

Namun begitu, pecutan terakhir juga bukan sahaja fasa yg paling  penting bagi peserta Le Tour De Langkawi dan juga atlet lumba yg lain, tetapi pecutan terakhir juga sangat penting bagi para pelajar yg hendak menduduki peperiksaan, sama ada peperiksaan di peringkat sekolah mahupun peperiksaan awam. Hal ini kerana pecutan akhir inilah yg menjadi batu loncatan kepada kita untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, saya ingin berpesan pada diri saya dan rakan-rakan serta adik-adik di luar sana supaya jangan mudah mengalah, terutamanya di dalam pelajaran.  Selain itu, janganlah kita meninggalkan kelas-kelas tambahan yang cikgu buat di saat terakhir kerana mungkin pada saat itulah para guru mungkin memberi sedikit tips yang dapat membantu kita di dalam peperiksaan. Janganlah kita mudah perputus asa di peringkat awal dan contohilah semangat juang yg tinggi yg dimiliki Andrea Guardini yg masih tidak mengaku kalah walaupun masih ketinggalan sehingga 200 meter yg terakhir!