Showing posts with label chemistry. Show all posts
Showing posts with label chemistry. Show all posts

Monday, December 27, 2010

penunjuk pH (pH indicator)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penulis dapati banyak lagi perkara yg menarik tentang kimia yg ingin dikongsi - selain letupan - iaitu kimia dapat menunjukkan berbagai jenis warna - sama ada warna asal unsur di dalam jadual berkala - ataupun warna-warna sebatian. Sebagai contoh, penunjuk pH (pH indicator). Bagi pelajar sekolah, hal-hal berkaitan pH indicator ni memang BOSAN sebab mereka menggunakan pH indicator yg mudah (asas) seperti kertas litmus (litmus paper), phenolphthalein , atau metil jingga (methyl orange).

Sebenarnya banyak lagi pH indicator dlm dunia ni. Penulis takkan senaraikan semuanya di sini sebab terlalu banyak. Sila teruskan ke bahagian links bagi sesiapa yg ghairah utk berkenalan dengan mereka!

Pengenalan

pH indicator ialah sejenis sebatian holochromic yg boleh mengesan ion hydronium (H3O+) atau ion hidrogen (H+) yg menyebabkan perubahan warna di dalam suhu piawai (standard temperature). Utk ketepatan yg jitu, beza antara 2 jenis warna (warna indicator tu sendiri) mestilah jelas dan ketara. 

Jika anda mempelajari ilmu kimia dgn lebih mendalam, anda akan menemui beberapa indicator yg lazim (baru) (kebanyakannya organic indicator) contohnya metil kuning (methyl red), metil ungu (methyl violet) ,fenol merah (phenol red) dan lain-lain!


Buat pH indicator anda sendiri!


Penulis sendiri pun faham, ramai org yg ingin membuat pH indicator sendiri di rumah kerana semua pH indicator yg disenaraikan di atas MAHAL-MAHAL BELAKA! Ada sebuah laman web yg mengajar membuat pH indicator anda sendiri dgn menggunakan KOBIS MERAH! :-)  Jadi, dgn cuti yg masih berbaki 6 hari ni, mari kita mulakan!

Cara:
1. Bahan yg diperlukan ialah kobis merah, pengisar atau ketuhar mikro dan air. Mudah kan?
2.Koyakkan daun-daun kobis merah tu dan masukkan kedalam sebuah bekas. Isi bekas itu dgn air sehingga semua kobis tu terendam.
3. Langkah seterusnya ada dua pilihan
     a) Microwave kobis tu
     b) Kisar kobis tu
4. Larutan yg terhasil drpd langkah yg ketiga boleh digunakan sebagai pH indicator anda! Utk mengujinya, ambil beberapa ml larutan tu dan titiskannya ke dalam beberapa ml cuka.

Penerangan

Kobis merah mempunyai pigmen yg dikenali sbg flavin (sejenis anthocyanin)yg larut di dlm air. Flavin juga boleh dijumpai di dlm kulit epal, anggur dan bunga popi. Anthocyanin akan berubah menjadi warna merah di dalam larutan berasid , ungu di dlm larutan neutral dan hijau kekuningan di dlm larutan bes.


Gambar-gambar


Kobis merah!

skala pH kobis merah

perubahan warna di dlm petunjuk yg asas

tindakbalas phonolphthalein

Nota kaki

1. Holochromic : material which changes colour as pH change
2.Phenolphthalein :
    a) IUPAC name : 3,3-bis(4-hydroxyphenyl)isobenzofuran-1(3H)-one
    b) Molecular formula : C20H14O4
2. Methyl orange :
    a) IUPAC name : 4-dimethylaminoazobenzene-4'-sulfonic acid sodium salt
    b) Molecular formula : C14H14N3NaO3S

Video
Buat indicator kobis merah!



Link:
1. http://www.ph-meter.info/pH-measurements-indicators
2. http://chemistry.about.com/od/acidsbases/a/Acid-Base-Indicators.htm
3. http://chemistry.about.com/cs/acidsandbases/a/aa060703a.htm

Sunday, December 19, 2010

3 benda menarik yg anda boleh buat di makmal kimia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti yg kita tahu, saya ni ialah seorang yg gilakan kimia. Mengapa? Anda akan ketahuinya selepas ini. Please continue your reading!

Sebagai pendahuluan, subjek kimia ni sangat penting dlm kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, kalau nak buat bom, kita mesti tahu bahan apa yg sesuai digunakan, bahan apa yg x sesuai digunakan. Di persekitaran kita juga kita boleh lihat, kenapa besi ini cepat berkaran dan kenapa besi ini susah nak berkarat? Itulah kimia.

Jadi, ada 1 benda yg penulis fikir menarik tentang kimia ni -- LETUPAN

Kebanyakkan makmal kimia sekolah tidak mempunyai bahan-bahan kimia yg berbahaya. Makmal kimia di sekolah hanya menyedikan bahan-bahan yg asas, seperti asid, garam-garam, dan juga beberapa unsur di dalam jadual berkala. Ramai orang fikir bahan di dalam makmal di sekolah tidak merbahaya -- tetapi sebaliknya! Mari kita lihat apa yg kita boleh buat di dalam makmal kimia.

Bom asap
Bom asap boleh dikategorikan dibawah saudara-mara bunga api. Ia digunakan di dalam bidang ketenteraan, ataupun di dalam permainan paintball / airsoft atau boleh digunakan sebagai helah utk mengenakan orang. Ia direka utk mengeluarkan asap yg banyak apabila dinyalakan. Bahan yg digunakan untuk membuat bom asap ialah kalium nitrat (KNO3) dan gula ([CH2O]6). Seperti yg kita ketahui, kalium nitrat ialah pengoksida (oxidiser) yg sangat kuat. Maka apabila tindakbalas berlaku, kalium nitrat akan terurai.

9.6KNO3 + C12H22O11 → 4.8K2CO3 + 7.2CO2 + 11H2O + 4.8N2.


Thermite reaction
Thermite reaction ialah sejenis komposisi piroteknik (pyrotecnic composition) diantara sejenis serbuk logam dan serbuk logam teroksida (metal  and metal oxide). Tindakbalas ini ialah sejenis tindakbalas redox (pengoksidaan-penurunan) yg menghasilkan banyak haba. Bahan yg sering digunakan untuk membuat tindakbalas ini ialah serbuk aluminum dan serbuk ferum (III) oxide.

Fe2O3 + 2Al → 2Fe + Al2O3 + Haba

 Ferum (III) oxide akan mengalami penurunan manakala aluminum akan mengalami pengoksidaan. Serbuk aluminum juga boleh diganti dengan logam yg lebih kuat (kedudukan lebih tinggi daripada Fe di dalam siri kereaktifan logam (reactivity series) contohnya magnesium. Tindakbalas ini amat cergas dan ganas sehingga boleh membuatkan bumbung kereta anda berlubang!

Bom hidrogen
Gas hidrogen kan susah didapati, macamana nak buat tindakbalas ini? Senang macam kacang! Apa yg anda perlu buat ialah menelektrolisis kan air! Proses mengelektrolisis air ialah proses penguraian moekul air kepada gas oksigen dan gas hidrogen.
Tindakbalas di anod : 4 OH- (ak) → O2(g) + 2 H2O(l) + 4 e
Tindakbalas di katod: 2 H2O(c) + 2e → H2(g) + 2 OH-(ak)

Gas hidrogen yg terhasil di katod akan dikumpulkan di dalam botol. Tutup botol itu dengak kemas dan campakkannya ke dalam api. Selepas itu...JANGAN TERKEJUT!

 Utk maklumat lanjut, sila lihat lampiran di bawah.

Sebagai kesimpulan, kimia ni memang subjek yg menarik dan menjadi satu keperluan utk mempelajarinya!

Lampiran

1. Siri kereaktifan logam
2. Bom asap
3. Set up experiment utk mengutip gas hidrogen


Saturday, October 9, 2010

Hadiah Nobel Kimia 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beberapa hari yang lepas, saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang hadiah nobel fizik 2010. Hadiah nobel bagi kimia telah diumumkan pada 6 oktober yang lalu. Tiga orang yang bertuah yang memenangi hadiah ini ialah Richard F. Heck, Ei-Ichi Negishi dan Akira Suzuki.

Sumbangan

Ketiga-tiga orang ini telah berjaya menggunakan Palladium sebagai pemangkin (catalyst) untuk membina molekul yang lebih besar. Contohnya , jika kita mempunyai 2 molekul asid asetik , dan kita tambahkan pemangkin Palladium makan kita boleh cantumkan 2 molekul asetik asid menjadi etana dan karbon dioksida. Dalam konteks ini, Heck, Negishi dan Suzuki telah membuat satu bahan yang dikenali sebagai Discodermolide dengan menggunakan pemangkin Palladium.

Tindakbalas 

Palladium terjadi secara semulajadi dengan mempunyai elektron yang banyak. Iodin kemudiannya menarik elektron daripada atom karbon dan menyebabkan karbon mengalami kekurangan elektron. Oleh itu, atom karbon telah bertindak keatas Palladium. Disebabkan Palladium telah mendermakan elektonnya kepada atom karbon, atom Palladium telah mengalami kekurangan elekron lalu Palladium bertindak keatas karbon (yang kaya dengan elektron) untuk mendekati atom zink. Atom zink kemudiannya menjadikan atom karbon "lebih kaya" dengan elektron. Apabila dua atom karbon bertemu dengan atom Palladium, mereka sering ingin bercantum  (couple). Akhir sekali, dua atom karbon telah bergabung dan atom Palladium tadi dibebaskan untuk menjalani satu lagi tindakbalas.

Pemenang hadiah

Apa yang menarik tentang ketiga-tiga pemenang hadiah ini ialah nama mereka digunakan untuk menamakan tindak balas yang mereka temui ( sudah semestinya tindak balas yang berkaitan dengan Palladium). Tindak balas itu ialah, Heck reaction, Negishi reaction dan Suzuki reaction.

Hasil

Tindak balas yang saya ceritakan diatas akan menghasilkan sebuah molekul yang besar iaitu Discodermolide.
Dulu, para saintis hanya menemui discodermolide di dalam span yang tinggal di dalam Laut Caribbean yang dikenali sebagai Discodermia dissoluta. Span apa yang tinggal di laut kalau bukan lagi spongebob. (bukan gurauan) Discodermia dissoluta ialah hidupan laut yang paling mundur dan tidak berkembang, dan telah dipopularkan oleh Stephen Hillenburg dalam siri animasinya, spongebob squarepants! Discodermolide digunakan sebagai dadah untuk merawat kanser yang berfungsi sama sebagai Taxol.

Teruskan pembacaan anda! Klik sini !

Video

Video ini diambil dari channel youtube kegemaran saya, Periodic Table of Videos, di acarakan oleh Professor Martyn Poliakoff (yg berambut putih) University of Nottingham.



Gambar-gambar 

inilah rupanya spongebob squarepants yg sebenarnya (Discodermia dissoluta)

pemenang hadian nobel kimia 2010