Sunday, December 2, 2012
10 Nikmat yang Orang Islam Sering Lupa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
1. Nikmat sihat sebelum sakit. (Mampu berdiri tegak ketika solat. Mampu untuk bergerak pergi solat berjemaah)
2. Nikmat kaya sebelum miskin. (Mampu untuk menyara hidup diri dan keluarga. Mampu memberikan kemudahan utk beribadah. Mampu memberi kemudahan utk anak belajar)
3. Nikmat kelapangan sebelum sempit. (Memenuhi dengan benda-benda yang bermanfaat dan membangun)
4. Nikmat muda sebelum tua. (Masih mempunyai kudrat untuk melakukan ibadat spt haji, umrah, puasa, bermusafir)
5. Nikmat hidup sebelum mati. (Masih mempunyai peluang untuk bertaubat, menambah bekalan akhirat, menyebarkan ilmu bermanfaat, membentuk anak yg soleh)
6. Nikmat memiliki ibu bapa yang penyayang (...memahami dan kadangkala 'sporting')
7. Nikmat negara yang aman makmur. (Tidak dikongkong mahupun dijajah. Berpeluang untuk pergi kemana-mana sahaja)
8. Nikmat kemudahan asas (elektrik, air, telekomunikasi, tempat berlindung) termasuklah kedai.
9. Nikmat kemudahan menimba ilmu. (ada sekolah, prasarana, DANA dan tak disekat)
10. Nikmat bebas untuk membentuk masa depan diri sendiri. (Tidak disekat danmempunyai orang-orang yang menyokong usaha tersebut)
Nota penulis:
1. Saya masih lagi banyak benda untuk ditulis tapi masa kurang mengizinkan.
Friday, April 29, 2011
Iktibar pegembaraan 6000km
Jepun merupakan sebuah negara yg paling maju di Asia. Alhamdulillah, saya telah diberi peluang utk melawat negara itu pd awal bulan April yg lepas.
Saya tdk akan ceritakan semuanya. Saya cuma ingin mengetengahkan beberapa pengalaman yg saya fikir amat baik utk membangunkan negara yg tercinta ini.
Cara saya melihat negara ini mungkin berbeza dgn kebanyakan org yg pernah sampai ke sana. Hal ini kerana kebanyakkan org sampai ke sana dgn mengikuti rombongan pakej-pakej pelancongan ataupun atas urusan perniagaan. Mereka hanya pergi ke tempat-tempat yg penting sahaja. Saya pergi ke sana bersama abg saya yg sedang belajar di sana. Pengalaman saya amat berbeza dgn individu-individu yg saya sebutkan tadi kerana saya dpt melihat sendiri bagaimana struktur sosial, ekonomi dan teknologi org Jepun. (tdk termasuk org Malaysia yg tinggal di sana utk bekerja dan belajar)
Lokasi
Ramai org ingat saya pergi ke tempat yg dilanda tsunami. Org Malaysia ni sangkakan Jepun ni sebuah negara yg kecil. Utk pengetahuan anda semua, jarak diantara tempat yg dilanda tsunami dgn tempat yg saya tinggal lebih kurang sama dgn panjang dr Johor ke Perlis. Memang Jauh! Media massa di negara kita ni terlalu memperbesarkan cerita. Hanya sebahagian kecil sahaja yg di 'sapu' tsunami, tetapi laporan di tv dan akhbar macam Jepun ni dilanda kiamat! (walaubagaimanapun kesan tsunami tu mmg teruk, sgt teruk)
View Larger Map
Tenaga Hijau
Saya dpt lihat kehebatan negara matahari terbit ini walaupun saya belum menjejakkan kaki di sini secara rasminya. 15 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Kansai, saya disajikan sebuah pemandangan gunung ganang yg gagah. Di atas gunung ganang yg gagah itu terdapat banyak kincir angin. Di sini kita boleh lihat mereka berusaha utk menjadi negara yg 'hijau'. Kerajaan kita kelihatan teragak-agak utk melabur dlm bidang green energy ini. Dlm bidang ini kita tdk boleh melihat kesannya dgn segera, tetapi hasilnya amat memuaskan. Bukan sahaja murah tetapi baik utk alam sekitar.
Kesedaran terhadap kepentingan kitar semula
Apa yg saya perasan sepanjang saya tinggal di Jepun ialah tong-tong kitar semula berada di merata-rata tempat. Mereka telah di didik utk menggunakan tong kitar semula itu sejak kecil lagi. Sebagai contoh, di stesen kereta api sahaja ada banyak tong kitar semula. Di tempat menunggu, di tepi tangga, di tepi mesin jualan automatik dan lain-lain tempat yg strategik. Saya fikir, kita masih kurang pendedahan terhadap kepentingan kitar semula. Dr pengalaman saya ketika belajar di sekolah menengah, tong kitar semula hanya dijadikan perhiasan. Dan sekarang tong kitar semula itu terus hilang dr pandangan.
Tong kitar semula di Jepun agak berbeza berbanding di Malaysia. Di Malaysia kita ada tong biru (kertas), coklat (kaca) dan jingga (tin aluminum dan plastik). Di Jepun ada juga yg serupa dgn tong kitar semula di Malaysia, dan ada juga yg seperti ini.
| Ritsumeikan Daigaku. Copyright Syihan F. |
Utk pengetahuan anda, bukan sahaja sampah di tempat awam sahaja yg perlu dibahagikan kpd tong-tong bergini, tetapi di rumah pun kita tdk boleh campur sampah yg boleh dikitar semula dgn yg tdk boleh dikitar semula. Bukan sbb kena DENDA. Bukan sbb kena MARAH. Ttp atas kesedaran individu itu sendiri!
Pengangkutan Awam
Sepanjang saya berada di Jepun saya dpt merasai 3 jenis pengangkutan awam iaitu kereta api, teksi dan bas.
I) Kereta api.
Sistem kereta api di Jepun ni mmg cekap. Oleh sebab itulah kereta api menjadi pilihan utama rakyat Jepun bila hendak ke mana-mana. Sistem kereta api di Jepun ni mmg tak jauh beza dgn sistem kereta api di Malaysia. Cuma, ada beberapa perkara yg syarikat kereta api di Malaysia boleh perbaiki.
Sistem pembelian tiket kereta api di Jepun sekarang semuanya diuruskan oleh mesin dan hanya sesetengah sahaja yg melibatkan urusan di kaunter. Tetapi di Malaysia semuanya dibuat di kaunter (tak la semua, tp kebanyakkan). Syarikat yg berkenaan boleh menyediakan beberapa mesin tiket utk mengurangkan masa beratur membeli tiket. Ada jg tempat di Malaysia yg mempunyai mesin tiket ( di KL), tp kebanyakannya rosak.
| Minami-Kusatsu JR station. Copyright Syihan F |
Senario di stesen
Rakyat Malaysia perlu di didik cara yg tepat utk menaiki kereta api utk mengelakkan kesesakan. Pertama sekali, semua org perlu berdiri di belakang garisan kuning (ada tempat yg putih). Kemudian, setelah kereta api sampai, biar org yg di dalam keluar dahulu, org di luar pula membuat 2 garisan di tepi pintu (kiri dan kanan pintu). Selepas org di dalam keluar, org di luar pula masuk mengikut barisan masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya di Malaysia, org dari dlm dan luar sangat mementingkan diri sehingga berlakunya kemalangan di hadapan pintu kereta api dan mungkin ada org yg tidak sempat masuk ke dlm kereta api, lalu terlewat utk sampai ke tempat kerja dll. (selalunya berlaku pd waktu puncak).
Teknologi kereta api di Malaysia
Perkara yg penting yg saya ingin highlight di sini ialah kelajuan kereta api. Berbeza dgn Jepun, kereta api ialah salah sebuah pengangkutan yg kurang dipilih oleh rakyat Malaysia kerana kelajuannya boleh dikatakan lambat. Kelajuannya pun dah la tak laju dan banyak pula perhentian. Saya pernah menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. Masa yg diambil dari Butterworth ke KL Sentral ialah 8 jam. Ini bermakna kelajuan purata kereta api ialah 55km/j (travel 382km in 7 hours , tolak 1 jam utk turun naik penumpang lebih kurang). Di Jepun, mereka mempunyai pilihan sama ada keretapi yg berhenti di setiap stesen (local) atau berhenti di stesen yg penting sahaja (special rapid service). Ketetapi antarabandar local dan special rapid service mempunyai kelajuan 130km/j (maximum). Bayangkan berapa banyak masa boleh dijimatkan dlm perjalanan dr Penang ke KL?? (belum cerita lg shinkansen)
| Shinkansen. Copyright Syihan F |
Rakyat Malaysia yg hendak ke KL mesti naik flight. Sebab apa? Sebab cepat. Jika Malaysia mempunyai keretapi berkelajuan 130km/j, mesti ramai org berubah fikiran utk naik kereta api. First sekali sbb murah, then tak perlu security check ini itu. Kemudian, utk naik flight kita kena check in certain time before our flight. Bolehkah anda bayangkan berapa banyak masa dan wang yg boleh anda jimatkan? (tp x boleh dinafikan, kelajuan kereta api mmg x leh lawan kelajuan kapal terbang.)
II)Teksi
Pakaian pemandu teksi tu sangat kemas persis seorang kepten kapal/ pilot. (sangat kemas dan pemanduan mereka sangat berhemah) Setiap teksi mereka dilengkapi METER dan GPS. Setiap syarikat teksi di Malaysia perlu mengambil berat hal meter teksi supaya penumpang tidak terinaya.
III) Bas
Sistem Baru
Sistem bas yg dimiliki Jepun ini sangat membanggakan. Ia langsung x menggangu pemandu bas, kerana semuanya dijalankan dgn automatik. (apa yg saya maksudkan sistem pembayaran tambang)
Di Jepun, kita naik bas ikut pintu tgh ( Malaysia, ikut pintu dpn) kemudian, bersebelahan pintu masuk ada mesin mengambil nombor. Tambang akan disenaraikan mengikut nombor menggunakan skrin yg berada di hadapan bas. Apabila sampai di destinasi, sediakan tambang secukupnya dan masukkan dalam mesin yg berada di tepi pemandu bas bersama dgn nombor yg kita ambil. Di situ juga terdapat mesin menukar wang. Mudah kan?
Ketepatan
Syarikat bas di Jepun ni amat mementingkan ketepatan masa. Semuanya tepat kerana setiap perhentian bas ada jadual. Oleh itu, kita boleh merancang perjalanan kita agar lancar dan cepat sampai ke destinasi. (tak la macam kat Malaysia, bas datang sukati je.)
Sosial
Kalau nak diceritakan mmg artikel ni akan jadi panjang lebar. Oleh itu saya senaraikan sahaja apa yg berbeza dgn Malaysia.
1. Sikap amanah -terutamanya melibatkan wang. Cthnya apabila membayar tambang bas, tambang kita akan dimasukkan wang dlm mesin, tiada siapa tahu termasuklah pemandu bas tu sendiri berapa banyak kita letak, dan adakah kita bayar dgn tepat? Selain itu di kedai, mereka mengira wang yg kita beri satu per satu di hadapan mata kita utk memastikan kita tak terbayar lebih. Begitu juga ketika memberi wang baki.
2.Ketepatan masa - mmg tidak boleh dinafikan, kalau penghantaran ekspress kata akan datang ke rumah pukul 10, pukul 10 dia sampai. Begitu juga ketepatan masa bas, kereta api dan teksi!
| Penulis di sebelah jadual bas. |
3.Pembersih - kat tepi jalan sampah pun takde , walaupun kita cari sampah tu, tetap takde. Kalau kat Malaysia ni semuanya ada, termasuklah kahak kuning.
| Ada sampah tak? Ini tepi kilang ni. |
| Kyoto JR station. Copyright Syihan F |
5.Di mana-mana sekali pun, org tua, org cacat dan ibu mengandung diberi keutamaan - ada kerusi khas di dlm kereta api dan bas
6.Mempunyai kesedaran utk mengasingkan bahan kitar semula
7.Perjalanan yg dekat semua naik basikal - takde moto mcm kat M'sia ni. Udara pun segar.
| Ritsumeikan Daigaku. Copyright Syihan F |
Penutup
Jepun ni merupakan sebuah negara yg maju. Malaysia perlu mengambil masa yg sangat lama utk jadi sepeti negara ini . Artikel yg saya tulis ni bukanlah utk membesarkan negara org dan memperkecilkan negara sendiri. Perjalanan saya ke sana bukan utk mencari kebesaran negara org, tetapi mencari idea utk membangunkan negara yg saya cintai. Saya harap org yg membaca artikel ni dapat mempraktikkan amalan mulia org Jepun spt amanah dan menepati masa.
Nota kaki:
1. Kesal ada org kata Jepun ni bukan negara yg hijau
2. Kesal ada org menghentikan projek kereta api eletrik bekembar, kalau tidak, kita dah setanding dgn sistem kereta api di Jepun
3.Kesal ada org yg pandang serong org naik basikal
4.Jepun ni ada jugak kelemahan dia , cthnya politik dan maksiat no 1.
Sunday, February 27, 2011
Kepentingan ilmu
Monday, February 7, 2011
Maximize your memory !
Pengenalan
Apa yang anda akan lakukan apabila anda boleh ingat APA SAHAJA yg anda inginkan?
Saya akan hafal semua jaringan setiap perlawanan untuk Liga Inggeris musim ni.
Oooh! Lepas ni subjek sejarah aku dapat A lah !
Senang sikit nak lulus peperiksaan!
Bila anda boleh ingat sesuatu dengan baik, anda boleh dapat apa sahaja yg anda inginkan!
Apa yg saya akan tulis akan membantu anda untuk mengoptimumkan penggunaan otak anda. Dan kemudian anda akan merasakan belajar ni adalah sesuatu yg menarik.....adakah anda sudah bersedia???
Langkah 1- sentiasa berfikiran positif!
Jgnlah kita sentiasa memikirkan perkara yg negatif jika kita keputusan pepriksaan tidak mencapai tahap yg memuaskan. Fikirkan belajar itu sesuatu yg mudah dan menyeronokan. Jgn jadikan kegagalan itu sebagai penghalang kita utk berjaya.
Masalah ingatan- adakah disebabkan kita bodoh ataupun benda lain?
Ini penjelasan Tony Buzan dlm bukunya Mind Maps for Kids:
If your memory ever lets you down it is not because you are being 'stupid' or 'slow' or any other negative labels you can dream up yourself . All it means is that you need to give your memory a bit of HELP to store information, so when you need it you can recall it.Bayangkan otak anda ialah sebuah perpustakaan yang besar. Segala maklumat yg anda simpan akan sentiasa berada di sana, tetapi ia disimpan dlm keadaan yg tidak tersusun dan menyukarkan anda utk mengingatinya kembali (recall). Apa yg anda perlu buat ialah membantu otak anda menyimpan maklumat supaya ia mudah diingat kembali.
Langkah 2- gunakan kedua-dua belah otak anda!
Sila lihat jadual dibawah:
| OTAK KIRI (FAKTA) | OTAK KANAN (KESENIAN) | |
| PERKATAAN | IRAMA | |
| LOGIK | KESEDARAN | |
| 1234 | iMaGiNaSi | |
| TURUTAN | BERANGAN…. | |
| KELINEARAN | WARNA | |
| ANALISIS | DIMENSI | |
| SENARAI | bEbaSS | |
Apabila kita belajar , kita hanya menggunakan separuh drpd otak kita. Maka, otak kita akan sukar utk menerima dan menyimpan maklumat yg kita masukkan. Kita boleh ibaratkan seperti kita berjalan dgn satu kaki...mesti susah kan?
Kesimpulannya, kita perlu menggunakan kedua-dua belah otak utk memudahkan proses menyimpan maklumat di dalam otak kita.
Langkah 3- bertindak!
Cara yg terbaik utk menggerakkan kedua-dua belah otak anda ialah dgn membuat satu peta minda. Dlm hal ini, kita menggabungkan fakta (otak kanan) dan seni (otak kiri) dengan serentak.
Fahami cara otak kita berfungsi - imagination dan association. (perhubungan dan imaginasi)
Association membantu anda membuat suatu perhubungan terhadap sesuatu yg anda ketahui. Contohnya, jika anda melawat sekolah lama anda, anda mungkin terhidu sesuatu atau terdengar (lihat, rasa dll) sesuatu yg dapat mengembalikan memori lama anda di sekolah itu. Segala memori yg tersimpan dlm otak anda akan dirangsang oleh apa yg anda bau (dengar, lihat , rasa ; yakni association) tadi dan membangkitkan imaginasi tentang memori lama anda di sekolah tersebut.
Dlm bahasa mudahnya, jika kita terbau sesuatu yg busuk, association akan menghubungkan bahan ransangan tu (iaitu bau busuk) dgn menmbayangkan (imaginasi) benda yg mungkin berkaitan dgn bau busuk cthnya kentut, lori sampah, dan bau jamban. Begitulah pentingnya imaginasi dan association dlm membina memori yg baik.
Apa hubungan imagination dan association dlm mind maps?
![]() |
| mind map on vitamins. credit to syihan (klik gambar utk imej yg lebih besar) |
| |||
| Remembering/ forgetting curve |
Penutup
Harap-harap panduan ni dapat membantu anda dlm pelajaran. Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua terutamanya adik-adik yg mintak tips utk mentackle subjek sains.
Kata-kata hikmat
Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu yg kurang sempurna
Friday, August 7, 2009
Malique feat.Tun Dr.Mahathir-Layu
Inilah lagu yang paling best dalam album malique-- Ok
ia membuatkan kita tersedar ...
Mari kita layan sama sama
Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menydihkan
dari membiarkan bangsaku dijajah
Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku sorang sahaja yang nampak
Ada juga yang bercadang untuk bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dan tak tergamak
Nanti dikata tidak bersyukur dikata tidak sedar diri
jadi aku menyendiri ... memerhati (blog aku!!)
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan membiarkan bunga tak cantik mekar ke kiri
Aku lihat layu dalam melayu..
Tanah air kita yang punya
Kita siram , kita baja
Tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa..
kita lupa...
nenek moyang kaya raya...
jangan sekali-kali gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam melayu (3x)
Takkan melayu hilang di dunia... Ya
Tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tidak berjasa
orang berbudi kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
salalu malu soalan diacu
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut daripada meneraju
sebelum menyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tiada otak
cuma tiak berfikir di luar kotak...
ku lihat layu dalam melayu (3x)
Aku jadi sayu
Bung menangis dia mendayu
mahu jadi cantik
Aku merayu
bangunlah semula...hidup kembali
Jangan tunggu mataharimati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
perjuangan kita belum selesai (3x)
"Perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya."
yeh!!
Saturday, July 4, 2009
Apakah ini benar ?- seorang ahli astronomi menjawab..
Sekarang ni banyak spam yang menyatakan tsunami akan terjadi pada 22 Julai 2009.
Sila ikuti kupasan dan kajian yang dibuat oleh saya.
Thursday, February 5, 2009
Sebak di dada berulang setiap kali ...
Nak kongsi sedikit. Kebelakangan ni TV3 selalu mengulang berita-berita lama yang telah disiarkan dalam iklan ketika berita utamanya. Salah satu berita yang paling saya terasa hati ialah ketika pengumuman Tun meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO.
Setiap kali...rasa nak menangis. Sedih! Di video tu la menunjukkan ramai orang ambil berat pasal Tun.
Lagi satu video pasal Tun yang membuatkan saya terharu.
Itu je Adios!
Friday, January 2, 2009
Hijrah
[Jihi amaneku jiai fukaki Allah no ona ni oite]
Kalau cerita pasal hijrah ni , orang mesti ingat pasal perpindahan Nabi Muhammad S.A.W , dari kota Makkah ke Madinah Al-Munawwarah. kesan fiziklnya kita perhati mereka dapat kehidupan yg lebih mudah berbanding hidup bawah pemerintahan Quraisy di Makkah.
Saya, daripada kecil lagi telah belajar erti hijrah ni. Bukannya cerita tentang hijrah Rasulullah, tapi kami sekeluarga telah berhijrah daripada Ipoh ke Pulau Pinang. Alhamdulillah , selepas kami berhijrah ke Pulau Pinang , rezeki kami bertambah murah, saya dpt banyak kawan baru, ayah saya dapat menjawat jawatan yang lebih baik dan macam-macam lagi[awek?].
Selain itu , kami juga menghijrahkan cara berkomunikasi kami. Sebagai contoh daripada loghat org Perak 'kome' ,'mike', dll-- kepada 'hang ', 'katup', dll . Nak dijadikan cerita... saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan semua perubahan yang saya hadapi.
Saya tahu bukan ramai berpeluang merasai hijrah sebenar seperti saya. Tetapi mereka boleh menghijrahkan pemikiran mereka. Itulah mesej yang sebenar. Inilah masalah yang sebenar yang dihadapi oleh orang Islam sekarang. Mereka tidak menghijrahkan pemikiran mereka. YO ! Wake up la.. Apa yg saya cuba tegur ialah taraf orang Islam. Seperti yang kita tahu , orang Islam sekarang ditindas dan dipandang buruk oleh masayrakat.Ini disebabkan mereka tidak bersatu padu! Tak payah fikir saudara kita di Palestin , di Malaysia pun sudah menunjukkan ketidaksatupaduan [betul ke?]. Berpecah belah! Bertelagah! Sesama parti politik ke... antara jiran ke... kawan ke...
Contoh yg paling simple yg menunjukkan kita ni tidak bersatu padu ialah ketika diingatkan oleh Imam, ketika setiap kali hendak sembahyang...''Lurus dan rapatkan saf''. Tetapi bukan ramai orang yg mengendahkan arahan tu. Tumit mesti sama , bahu dengan bahu.Saya tak mau cerita panjang kerana saya hendak pembaca fikir sendiri. MU PIKIOR LER SENDIRI.
''bersatu teguh - berceri roboh''
''bulat air kerana pembentung - bulat manusia kerana muafakat"
