Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pembuka kata
Dan berapa banyaknya tanda-tanda yg Allah jdkan dilangit & dibumi, sedang mrk melewatinya ,tetapi mrk brpaling drpdnya (Yusuf:105)
Semalam saya ada terlihat sebuah video tentang perbezaan saiz bintang dan planet.
Ketika menonton video tersebut, saya berfikir, alangkah kecilnya kita [planet kita] jika dibandingkan dgn planet lain [planet-planet gas] . Kemudian, muncul pula matahari, alangkah kecilnya planet-planet ini jika dibandingkan dgn matahari. Selepas itu muncul pula bintang-bintang gergasi seperti Sirius, Pollux dan Aldebaran. Alahai, matahari yg kita sangkakan besar ini rupanya sangat sangat sangat kecil sehingga langsung tdk kelihatan jika diletakkan sebelah-menyebelah dgn bintang-bintang gergasi ini!
Di hujung video ini, kita diperlihatkan perbandingan saiz antara matahari dgn bintang yg paling besar [yg diketahui oleh manusia] iaitu VY Canis Majoris……
Siapalah kita! Kita diibaratkan sebagai sebutir debu di angkasa! Siapalah kita pd pandangan Allah s.w.t?
Then which of the favours of your Lord will ye deny? [Surah Ar-Rahman]
Kepentingan
Tiba-tiba saya teringat, dulu saya pernah membebel pasal ni pada kawan baik saya [bukan mangsa]
“ Tak ramai org Islam yg terlibat di dlm bidang astronomi ni. Tengoklah, sekarang org putih yg memonopoli bidang ini. Sepatutnya kita yg menguasai bidang ni. Mana hilangnya Al-Khawarizmi? Mana hilangnya Al-Farabi? Mana hilangnya Ulugh Beg? Hilang ditelan sejarah. Sayang sekali ilmu mereka yg bernilai itu juga hilang, oh mungkin di dalam muzium sahaja.”
Fikir!
Org Islam zaman sekarang tak dapat fikirkan apa kepentingan astronomi [yg saya maksudkan merangkumi sains angkasa, falak dan program-program angkasa]. Sebab itu kita ketinggalan dlm bidang ini.
Alah…bintang je pun…tiap-tiap malam aku Nampak….so what?
Saya pernah tulis dlm artikel saya yg lepas;
“Islam ialah agama yg paling dekat dengan astronomi”
Tak percaya? Bukalah Al-Quran!
Program angkasawan yg bermula dr tahun 2006 yg sebenarnya memberi manfaat kpd rakyat Malaysia tetapi di salah ertikan sebagai ''membazir duit rakyat". Sebenarnya kerajaan Malaysia langsung tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan utk menghantar Dr SMS ke ISS.
Semangat mencintai ilmu
Sangat kurang! Yg diorang tau bercintan cintun. Merempit. Ayuh semua umat Islam! Bangkit dari lena yg panjang! Marilah kita menebus kesilapan yg lalu! Marilah kita menghidupkan kembali zaman kegemilangan Sarjana Islam! [bukan setakat mengetahui nama sebenar dan tempat lahir mereka, tetapi ILMU mereka]
Nota kaki:
Penulis mendapati artikel jenis ini amat berat baginya, kerana penulis jarang (tidak pernah kot) menulis artikel mengenai pemikiran dan pendapat serta tidak menepati gaya penulisan penulis. Namun begitu, inilah luahan hati penulis yg sedih melihat kurangnya semangat mencintai ilmu dlm kalangan umat Islam terutamanya dalam bidang sains (astronomi!!). Setakat ini ada dua orang sahaja saintis Islam yg berjaya mendapat hadiah nobel dlm bidang sains. Adakah bilangan ini akan bertambah? Sama-sama kita nantikan . Selepas ini, penulis akan menyambung menulis artikel yg berbentuk fakta.
keep it up man :)
ReplyDelete