Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
1. Nikmat sihat sebelum sakit. (Mampu berdiri tegak ketika solat. Mampu untuk bergerak pergi solat berjemaah)
2. Nikmat kaya sebelum miskin. (Mampu untuk menyara hidup diri dan keluarga. Mampu memberikan kemudahan utk beribadah. Mampu memberi kemudahan utk anak belajar)
3. Nikmat kelapangan sebelum sempit. (Memenuhi dengan benda-benda yang bermanfaat dan membangun)
4. Nikmat muda sebelum tua. (Masih mempunyai kudrat untuk melakukan ibadat spt haji, umrah, puasa, bermusafir)
5. Nikmat hidup sebelum mati. (Masih mempunyai peluang untuk bertaubat, menambah bekalan akhirat, menyebarkan ilmu bermanfaat, membentuk anak yg soleh)
6. Nikmat memiliki ibu bapa yang penyayang (...memahami dan kadangkala 'sporting')
7. Nikmat negara yang aman makmur. (Tidak dikongkong mahupun dijajah. Berpeluang untuk pergi kemana-mana sahaja)
8. Nikmat kemudahan asas (elektrik, air, telekomunikasi, tempat berlindung) termasuklah kedai.
9. Nikmat kemudahan menimba ilmu. (ada sekolah, prasarana, DANA dan tak disekat)
10. Nikmat bebas untuk membentuk masa depan diri sendiri. (Tidak disekat danmempunyai orang-orang yang menyokong usaha tersebut)
Nota penulis:
1. Saya masih lagi banyak benda untuk ditulis tapi masa kurang mengizinkan.