Ini untuk backup. Takot terhilang . Ada permenant copy mudah sket. Tapi kalo nak baca boleh baca! [yang penting ari sabtu+ ahad aku x g kem]
Sepintas lalu.
Sekolah Menengah Agama Al- Irshad Kepala Batas.
Tema : Keseimbangan
Kami memilih tema keseimbangan kerana keseimbangan ialah sebuah topik yang paling mudah difahami oleh orang ramai. Dari segi sains , kami menggunakan konsep fizik untuk mencari titik keseimbangan sesuatu benda supaya ia kekal stabil.
Bagaimana keseimbangan berfungsi?
Kami akan gunakan neraca untuk menerangkan konsep ini. Untuk mencapai kestabilan, kita perlu pastikan panjang kedua-dua lengan sama. Jika anda mempunyai lengan yang lurus dipasangkan pada titik tumpu (fulkrum), bersama dua berat yang sama digantung pada kedudukan yang sama, anda boleh lihat lengan itu akan seimbang.

Apabila jarak pemberat tidak sama daripada titik tumpu (fulkrum), salah satu pemberat akan terjongkit ke atas. Apabila jarak pemberat x lebih dekat daripada titik tengah , pemberat x akan terjongket ke atas dan pemberat y akan turun ke bawah, dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini juga berkaitan dengan sistem tuas kelas pertama.

Apabila kedudukan x lebih dekat dengan titik tumpu, maka x memerlukan lebih banyak daya untuk mengimbangi lengan neraca ini. Konklusinya, lebih dekat kedudukan x dengan titik tumpu, lebih banyak daya yang diperlukan tuntuk mengimbangi lengan neraca. Begitu juga jika keadaan ini dikenakan kepada pemberat y.
Kaitan dengan sains
Selalunya jika kita lihat neraca kita akan terbayang-kan sesebuah keadilan. Keadilan ini amat penting dalam hidup kita. Jika tiada keadilan, negara kita akan menjadi kucar kacir. Selain itu, keseimbangan amat penting dalam hidup seseorang. Keseimbangan ini mempunyai banyak cabangnya sebagai contoh keseimbangan dalam membahagi masa, membahagi tugasan dan lain lain
No comments:
Post a Comment
Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai