Sunday, August 2, 2009

Mempelajari Susur Galur Keluarga p3!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Recap: Bahasa Rao

Part 3 : Adat Jejak Tanah (jojak tanah)

Cerita sebalik tabir :
Adat jejak tanah ni ialah sebuah adat (macam pantang) kepada anak keluarga diraja Rao ni. Apa pantangnye? Pantangnye ialah diorang x leh pijak tanah (pasir baja kompos...dll) dari lahir hingga 12 purnana (1 thn).
Kalo tersentuh? Bayi tu akan menghadapi saket misteri kadangkala sakit2 biasa je mcm sakit perut/ demam panas.
Kalau sengaja? Bayi tu akan jd bengong / lumpuh / gila sepanjang hayat selagi x gi berubat. (dengan bomoh of course)

Adat ni dilakukan setelah anak tu berumur 12 bln pada hari ke 15 (bulan penuh..) . Kalau termiss tarikh tu kena ler buat pada 15 haribulan pada bulan depan..

Kelengkapan.
1.Nasi kuning
2. nasi putih
3. Bertih (bukan jagung)
4. Emas
5. Perak
6. Keris
7. Kain kuning dll...

Cara
Tukang jejak aka ketua adat akan menyentuh macam2 benda pada kaki anak tu dan bla bla bla dan baruler budak tu boleh jejak tanah...

Nak dijadikan citer ada kawan ayah saya ni x percaya bahawa dia ni keluarga diraja Rao. Apabila anak dia lahir, dia x buat adat ni (itu x pe lg). Tapi masa dia bawak anak dia jln2, anak dia terpijak tanah dlm pasu. Lalu dia diserang penyakit misteri. Langsung kena bawak gi berubat.

Kata2 lawak dalam cerita jenaka org Rao "min nak merah di cet"

Nantikan post seterusnya (istimewa hujung minggu) Mempelajari Susur Galur Keluarga p4!! : Suku org Rao

Penulis mendapatkan bahan untuk menulis kebanyakkannya dari pembacaan penulis sendiri. Antaranya dialah blog2 , laman2 sesawang (www.jaro.com) dan buku Rao Di Sana Sini.

1 comment:

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai