(Sebelum segala kutukan dtg di ruangan
komen, biar saya nyatakan pendirian saya. Saya bukan penyokong umno,
mahupun bn, mahupun parti komponen di bawahnya, dan bukan juga
parti-parti pembangkang. Cuba semak post-post saya sebelum ini. Neutral)
Baru-baru ini saya mengambil keputusan untuk menutup akaun facebook saya. Selama-lamanya. Kenapa? Sebab saya kecewa dgn segelintir pengguna facebook yg bodoh dan tidak menggunakan facebook dgn cara yg betul.
Sejak cuti ni saya selalu menonton rancangan bual bicara seperti Selamat Pagi 1 Malaysia di RTM1 dan Wanita Hari Ini TV3. Dan baru-baru ini, isteri kepada PM kita iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dapat keluar di kedua-dua rancangan ini, untuk menguar-uarkan program ekspesi belia bersama perdana menteri (pengakap dan pandu puteri akan berhimpun bersama perdana menteri). Dalam segmen ini dia menerangkan apa yang akan berlaku pada program tersebut...siapa akan menghadiri program tersebut....dan siapa yg akan merasmikan program ini (macam org lain jugak, datang ke stesen tv utk menguar-uarkan program mereka).
Bila saya buka facebook, ada pulak puak-puak ni memutarbelitkan fakta yang mengatakan RTM dan TV3 mengiktiraf Rosmah sebagai perdana menteri. Ekspresi saya:
![]() |
| What the? |
Ini semua fitnah belaka!
![]() |
| ini apa yg saya lihat di facebook |
Utk pengetahuan pembaca , Rosmah dtg ke stesen tv ni, utk menguar-uarkan program yang akan dirasmikan oleh suaminya, iaitu perdana menteri Malaysia. Mungkin org tertanya-tanya, apa pulak peranan Rosmah yg tiba-tiba sibuk menguar-uarkan program itu? Rosmah ialah Yang Dipertua Pergerakan Pandu Puteri Malaysia, maka tdk terlalu pelik utk dia hadir di situ utk memberitahu semua orang tentang program anjuran organisasi dia.
Namun begitu, saya dah lali ketika melihat perkara-perkara seperti ini di 'news feed' saya. Tetapi, apa yg membuatkan saya marah ialah ada seorang rakan saya 'share' post yg berkaitan Rosmah tu dekat group batch kami. (Sepatutnya medan ilmu dan bukan medan politik tidak matang)
Saya tak nafikan hak dia utk sharing-sharing ni, tetapi, secara tak langsung :
1. Dia berdosa.
2. 'Share' sst benda tanpa usul periksa.
3. Menggunakan facebook secara melulu (menyalahgunakan).
4. Nampak bodoh di mata org yg tahu hal sebenarnya.
5. Mengguriskan hati mungkin ahli pandu puteri sejati.
Walaubagaimanapun, memang tiada akta dlm negara ini yg membolehkan saya mendakwa rakan fb saya tu. Tetapi, kita perlu sentiasa beringat dgn apa yg kita lakukan!
Memang dr sini nampak saya menyokong kerajaan. Tapi ini prinsip saya:
Kalau mereka kata polis pukul pendemonstrasi ketika bersih haritu, saya mungkin percaya. Kalau mereka kata polis guna bom nuklear utk suraikan pendemonstrasi, saya mungkin percaya TETAPI saya tak boleh sebarkan berita ini SEBAB saya tiada di tempat kejadian utk mengesahkan kebenarannya.
Tetapi, kalau mereka menyebarkan sesuatu perkara (yang saya pasti benda itu benar) yang sebaliknya, saya tak boleh berdiam diri, saya perlu tegur.
Mari kita sama-sama bermuhasabah diri, dan elakkan dari mendapat dosa secara tidak sedar. OLEH ITU, sebelum 'share' sesuatu, sila FIKIR dahulu!
Syarikat roti menjadi sasaran mengguna facebook yg tidak bertanggungjawab
Mungkin sesetengah pihak merasakan saya ni terlalu mengungkit-ungkit kesalahan rakan saya tetapi, saya dah lihat sendiri, alangkah banyaknya manusia di facebook yg 'share' sesuatu tanpa usul periksa. Dan perkara ini tak boleh dibiarkan begitu sahaja
Contohnya, pada satu ketika dahulu ada banyak post mengenai kesahihan status halal roti Gardenia (sekarang syarikat Massimo pulak kena). Kalau kita tengok pada bungkusan roti tu, memang betul ada cop halal JAKIM. Tapi kenapa org masih berasa ragu-ragu? Nasib baik JAKIM ada 'online halal directory'. Alhamdulillah saya sendiri dapat melihat salinan sijil halal yg dikeluarkan oleh JAKIM kpd syarikat terbabit. Semuanya bermula di mana? Di FACEBOOK!
Walaupun saya telah memberitahu org di facebook bahawa semua itu tidak benar, tapi berapa ramai yg percaya? Hal ini berlarutan sehingga JAKIM membuat pengumuman semula di televisyen dan di akhbar. Syarikat itu terpaksa menanggung kerugian. Org yg menyebarkan fitnah itu hanya gelak tersipu-sipu malu.
Selain kesahihan sijil halal, kedua-dua syarikat ini juga ada kontroversi lain. Syarikat ini terpaksa mengeluarkan sejumlah wang utk membuat iklan utn meyakinkan pelanggan mereka yg telah lari. Kontroversi ini berlegar di mana? Di FACEBOOK!
Kisah 'urban legend' di facebook
Selain daripada fitnah, kisah-kisah 'urban legend' juga banyak berlegar di facebook.
Contoh? Terlalu banyak.
1. Kisah nombor kapal terbang yg melanggar bangunan WTC ketika kejadian 9/11. Apabila kita taipkan 'nombor' tersebut di word, dan tukar font kpd windings dan kita akan dapat simbol yg berkaitan konspirasi tersebut.
INI TIDAK BENAR!
2. 'Reverse pin technology' di mesin ATM Malaysia.
Post ini mendakwa apabila kita tekan nombor pin ATM kita secara terbalik (no pin:123456 kita tulis:654321) secara senyap kita akan memberitahu polis (digunakan ketika berlakunya rompakkan di mesin ATM).
INI TIDAK BENAR!
3. Tarikh penutupan facebook.
Dah banyak kali dah, tapi masih beroperasi sampai sekarang.
INI semestinya TIDAK BENAR!
4. Teori konspirasi di sebalik Upin & Ipin
Ini puak indonesia yg kuat berdengki yg buat.
INI HASAD DENGKI!
Penutup
Sekali lagi, wahai saudara-saudaraku, saya tegaskan, sila fikir sebelum anda menekan butang share. Jika anda tersilap langkah, teruk padahnya. Allah ada berfirman dalam Surah Al-Hujrat ayat 6 yg bermaksud
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Selain itu, renung-renungkanlah kata-kata ini:
"Berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan"




Good writing. Mmg org Malaysia ni susah sikit kalau part nak berfikir tu. Percaya jer semua org cakap.
ReplyDeleteBest entri nie. Group batch saya pun banyak cakap psl politik, bosan betul. Lepas tu gaduh2 dekat komen nak 'pertahan' parti masing2.
ReplyDelete