Monday, June 18, 2012

Sebuah majlis di mata seorang hamba Allah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau anda dpt peluang utk pergi ke majlis graduasi kakak/abg/ahli keluarga yg berada di universiti, silalah pergi. Bagi saya, majlis ni jd pembakar semangat saya utk x putus menimba ilmu dan menjadi seorang hamba yg berguna. (Rasa teringin nak pakai jubah graduasi pun ada jugak). Pada hari itu, para graduan, hampir kesemuanya, senyum sepanjang majlis itu berjalan, kerana hasil usaha & doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah - Yg Maha Pemurah. Sesungguhnya apa-apa perbuatan pun, jika diniatkan ikhlas kerana Allah, Insyaallah akan diberi ganjaran pahala.

Dr sudut pandangan ibu bapa pula, inilah bukti bahawa  mereka telah berjaya mendidik anak mereka dgn baik. Saya yakin tiada siapa pun yg menangis kerana anaknya gagal di sana. Kebanyakannya menangis kerana anaknya sudah bergelar seorang doktor, jurutera, ustaz, hafiz dan hafizah , ahli kimia, pensyarah, jurufoto dan.... satu lagi harapan mereka --- mereka harapkan supaya anak mereka akan menjadi seorang yg berguna kpd agama, bangsa dan negara. Pada saat inilah mereka terkenang, "berbaloinya aku berkerja lebih masa dulu, sekarang anak aku bergelar seorang doktor!", "berbaloi aku menghabiskan duit minyak utk menghantar anak aku yg belajar di asrama, nun jauh di utara !" atau lebih menyayat hati "berbaloi aku meraung menahan kesakitan , dan membawa dia di dlm perut aku selama 9 bulan!". Alhamdulillah, segala perkara yg baik akan dibalas dgn sesuatu yg baik CASH dr yg Maha Adil!

Dr kacamata ahli keluarga yg lain, mereka juga dapat tumpang gembira atas kejayaan para graduan. Pada yg masih lagi belajar (mcm saya) , seperti saya katakan tadi, ia akan menjadi pembakar semangat saya utk tidak berputus asa utk menimba ilmu yg Allah telah curahkan di atas muka bumi ini.

Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yg berusaha utk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan jln utknya ke syurga dan sesunggunya para malaikat sentiasa mengembangkan sayapnya utk memberi naungan kpd org yg berilmu... 
(Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi - hadis kelebihan menuntut ilmu, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Ting 4 ).

Itulah sedikit sebanyak perkara yg telah saya saksikan selepas saya pergi pelbagai majlis graduasi....terutamanya yg terkini, majlis graduasi sepupu saya, yg kini bergelar seorang doktor! (Penang Medical College, 17 Jun 2012)

Tahniah dari Spir0 multimedia Studios

Walaupun saya bukan ibu dan bapa kpd para graduan yg berada di majlis tadi, saya terus menahan rasa sebak, dan terharu, melihat muka ibu bapa yg bersinar-sinar (dan kadang kala nampak nak melompat ke atas pentas) melihat anaknya menerima skrol di atas pentas.

Itulah kuasa Yg Maha Esa. Dia ingin menunjukkan kpd yg masih belajar, (saya lah!) masih belum terlambat utk menjadi salah seorang drpd mereka. Memang betul Allah bukan ckp kpd saya secara terus, tetapi saya merasakan inilah 'signal' dr Allah bahawa saya juga boleh membuatkan ibu bapa saya bangga suatu hari nanti. 

Saya berharap, para pembaca dpt memberi ikhtibar terhadap apa yg telah saya alami hari ini. Sebelum itu saya ada beberapa pesanan:

1. Kpd yg sudah berjaya, saya ucapkan tahniah, semoga anda terus ikhlas utk menyumbang kpd agama kita.
2. Kpd yg masih bersekolah tu, cuba jgn banyak merungut ini susah, itu susah, di facebook sebab ....."jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti dpt melakukan, jika kau fikir kekalahan, kau hampiri KEGAGALAN!" Ingat, Allah akan memudahkan jln kita utk membuat kebaikan, dan menuntut ilmu tu diberi ganjaran pahala!
3. Kpd yg sedang bercuti, (dan juga diri yg menulis ini) sila penuhi cuti anda dgn perkara yg bermanfaat. Jika ada masa lapang, bolehlah digunakan utk mengulangkaji apa yg telah kita pelajari. Saya khuatir, bila kita sambung belajar, kita TOTALLY lupa apa yg kita dah belajar sebelum ni. Awas!
4. Kpd yg baru masuk belajar, kalau boleh sebelum pergi ke kelas, betulkan niat kita dulu, ikhlas lillahi ta'la , Insyaallah Allah akan bantu anda. 

Saya akhiri post kali ini dgn sepotong doa:

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Oh Allah! Nothing is easy except what You have made easy. If You wish, You can make the difficult ,easy.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai