Saturday, June 16, 2012

Ilmu Sains sebuah cabang dalam Fardu Kifayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di dlm blog ini. Hal ini kerana terlalu sibuk menumpukan dlm hal-hal pelajaran. Alhamdulillah, selepas setahun berhempas pulas, berkat usaha dan doa akhirnya dibalas dgn sst yg baik. 

Selama setahun (lebih kurang) saya tak menulis, bermacam-macam perkara telah saya lalui...tetapi tidak dicatatkan di blog ini. Salah satu perkara yg  sentiasa bermain di dlm fikiran saya ialah tentang kurangnya kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya yg beragama Islam tentang kepentingan menguasai ilmu sains dan matematik yg sekarang dimonopoli oleh saintis barat.

Kenapa saya tiba-tiba ingin menulis tentang hal di atas -kerana saya tersentuh dgn apa yg saya dengar di dlm Khutbah Jumaat semalam. Dipendekkan cerita, khutbah itu mempersoalkan apa sudah terjadi dgn era kegemilangan saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, Al-Razi, Al-Farabi, dan juga Al-Biruni?

Pada zaman sekarang, nama-nama yg hebat ini hanya dijadikan nama utk bangunan asrama, nama kelas ataupun nama bangunan baru utk fakulti sains sesuatu universiti tapi bukan untuk mengambil ruh (semangat) mereka yg cintakan ilmu sains ini utk pembangunan umat!

Jika kita perhatikan satu persatu personaliti ini, mereka bukan sahaja pakar dlm sst bidang tetapi all around! (semua ada) Sebagai contoh, mati kita teliti bidang kepakaran Ibnu Sina. Beliau bukan sahaja pakar dlm bidang perubatan, tetapi beliau juga pakar dlm bidang astronomi, sastera, kimia, psikologi, geologi dan banyak lagi.

Selain itu kita ada Al-Razi yg pakar dlm bidang perubatan, kimia, muzik dan juga falsafah. Orang-orang seperti ini dipanggil sebagai 'polymath'[1] - sebuah perkataan yg berasal dr bahasa yunani yg bermaksud seorang yang memiliki atau mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Lihat, sejauh manakah umat Islam sedar, kebanyakkan perkara saintifik yg berguna di sekeliling mereka adalah hasil kajian saintis Islam yg terdahulu? Apa yg mereka nampak ialah teori evolusi Charles Darwin yg tak masuk akal tu atau para jurutera barat membina bangunan pencakar lagit yg hebat atau kehebatan saintis barat menemui vaksin / penawar bagi sst penyakit. Barat, barat, barat. Mereka tidak sedar ilmuan Islam yg telah saya senaraikan di atas telah memberi banyak sumbangan kpd bukan sahaja umat Islam, tetapi seluruh umat manusia.

Sebagai contoh, Al-Razi (Rhazes) ialah org pertama yg mencipta sulphuric acid, yg (secara sedar atau tidak) digunakan di dlm bateri kereta anda dan juga reagen yg sangat penting dlm ilmu kimia! Kemudian, Ibnu Sina juga dikenali sebagai pelopor kpd aromaterapi. Selain itu, Al-Biruni telah menemui satu cara yg membolehkan kita mengira ukurlilit bumi dgn melihat kpd ketinggian gunung! 

Saya bukan nak salahkan media barat kerana mereka terlalu mengagungkan saintis-saintis dan jurutera-jurutera mereka, sebaliknya saya rasakan ini sebenarnya tanggungjawab kita kerana membiarkan ilmu-ilmu yg suatu hari dulu milik kita dibiarkan tanpa diamalkan dan diteruskan oleh generasi (umat ISLAM!) sekarang. Org barat (yg angpa kata kapiaq tu) yg sedar akan kepentingan ilmu, pergi menkaji lebih mendalam apa yg telah dicatat oleh ilmuan Islam terdahulu. Sebab itu org barat lebih maju drpd umat Islam yg berada di tanah Asia ni!

Bukan niat saya utk menafikan ilmu-ilmu agama seperti Ulum Hadis dan Usuluddin atau membesarkan pencapaian saintis barat, tetapi, utk menjadi umat Islam yg cemerlang, kita mesti seimbangkan kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi. Lihat, Ibnu Sina, Al-Razi, Al-Farabi semuanya macam 'taiko' (org hebat) dlm dunia sains tetapi mereka tidak langsung meninggalkan apa yg diperintahkan oleh yg Maha Esa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama renungkan ayat pertama yg diturunkan oleh Allah s.w.t iaitu "Iqra". Janganlah ambil ringan terhadap kepentingan ilmu sains, kerana sebahagian besar kandungan Al-Quran adalah logik dari sudut saintifiknya! Jangan selalu merungut nak belajar sains dan matematik tu susah, sebaliknya kita harus sentiasa ikhlaskan diri menuntut ilmu supaya diberi ganjaran drpd yg Maha Pemurah. Marilah kita mencintai ilmu seperti Rasulullah s.a.w dan jadikan ilmuan-ilmuan ini sebagai idola kita, kerana kalau bukan kita yg nak membangunkan umat Islam, siapa lagi?

1 comment:

  1. wah!nama2 saintis islam macam nama kat kompel plak :)
    btw ini satu information yg bagus..
    kalau kita kaji balik..ilmu2 yg dikuasai barat skang ni asal nya milik org islam..cth nya spt ilmu astronomi (tak ingat saintisnya)..
    sebenarnya islam ini lebih maju,ttp sikap segelintir umat (termasuk saya) yg meringankan bnde2 ini menyebabkan kita sedikit mundur..wallahualam

    ReplyDelete

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai