Pendahuluan
Awal tahun dulu, komputer saya telah menghadapi masalah, selepas saya cuba utk memasang sendiri graphic card yg dibeli sendiri. Nasib baik bkn masalah dr segi pemasangan hardware, ttp masalah driver. Oleh itu, saya terpaksa menghantar komputer saya ke kedai utk diperbaik.
Utk menyelesaikan masalah ini, org yg repair komputer ni kata dia perlu format balik hard disk, sebab masalah kesilapan memasang driver yg sgt teruk, sampaikan dia sendiri tak boleh roll-back driver tu. Saya hanya bersetuju, sebab pertama, saya kurang arif- jika dibandingkan dgn tuan kedai tu, keduanya sebab itu je cara yg tinggal utk restore balik komputer saya.
Sudah menjadi kebiasaan, saya suka benda-benda original. Seboleh-bolehnya saya nak komputer saya menggunakan OS dan antivirus yg original utk mengelakkan masalah sekuriti yg mungkin timbul pada masa hadapan. Ttp, sudah menjadi nature kedai-kedai komputer ni menggunakan OS windows XP yg palsu dan juga antivirus yg palsu.
Pada mulanya memanglah x de masalah. 2,3 bulan kemudian masalah sudah timbul apabila komputer saya menjadi slow dan menyebabkan saya sukar utk mengawalnya (cara terakhirnya ialah dgn mencabut plug). Kemudian saya terfikir.
Eh, sial lah Windows ni, walaupun yg aku guna ni windows yg palsu, kalau aku guna Windows yg ori pun keadaan jd sial mcm ni.
So, saya terfikir utk menggunakan Ubuntu, kerana:
1.Makmal komputer di kolej guna OS Ubuntu
2.Dah ada kawan yg cuba Ubuntu, dan diorang x de pun complaint pasal OS ni.
Sekarang sudah 2 bulan saya menggunakan Ubuntu ni dan nampaknya dia x pernah mengecewakan saya. Terima kasih kpd para pembangun, programmer dan org yg terlibat scr langsung / x langsung dlm menjayakan projek Open Source Operating System ni.
Apa itu Ubuntu?
Ubuntu ialah sebuah Operating System (spt Windows dan Mac) yg dibangunkan berasaskan teknologi Debian GNU /Linux , dan diedaran secara percuma (Open Source). Nama Ubuntu ini diambil drpd "Philosophy of Ubuntu" yg berasal dr Afrika Selatan yg bermaksud "Humanity Towards Others". (1)
Selain drpd menyediakan Operating System utk PC dan juga Laptop, Ubuntu juga ada menyediakan OS utk server.
Sekarang, Ubuntu mempunyai 12 juta pengguna drpd seluruh dunia!
Versi
Seperti Os yg lain, Ubuntu juga mempunyai banyak versi, ttp saya x kan senaraikan semuanya di sini.
Versi yg stabil yg pertama dikeluarkan oleh Ubuntu ialah Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) yg dikeluarkan pd 26hb Oktober 2004. Ttp perkhidmatan utk Ubuntu4.10 ini telah dihentikan pd bulan April 2006 disebabkan Ubuntu versi 5.04 telah dikeluarkan utk menggantikannya.(2)
Setakat ini Ubuntu telah mempunyai 13 versi tersendiri dan versi stabil yg baru dikeluarkan oleh Ubuntu ialah Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Walaubagaimanapun, Ubuntu 11.04 bakal digantikan oleh Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot yg skrg masih di peringkat beta.
Kenapa Ubuntu ada banyak versi (dlm jangka masa yg singkat) padahal Windows pun ada 12 (dlm jangka masa yg panjang)?(3)
Operating System Ubuntu ni dinaiktaraf dan disemak semula 2 kali setahun. Oleh sebab itu, Ubuntu telah mengeluarkan 2 versi dlm masa 1 thn.
Apa yg ada pd Ubuntu?
GUI (Graphic User Interface) yg Cool
![]() |
| Desktop image utk Natty Narwhal (11.04) |
Ubuntu 11.04 telah menggunakan Unity sebagai interface shell untuk GNOME Desktop Environment yg dibangunkan oleh syarikat Canonical Ltd(4). Interface yg disediakan oleh Unity ini jauh lebih cool drpd apa yg Windows sediakan kerana:
1. Ia x menggunakan banyak memori (RAM)
2. Ia x perlu mempunyai graphic card yg gempak utk menggunakannya.
3. Menyediakan lebih banyak photographic and cool design wallpaper dan interface yg elegant .
4. Fully customizable User Interface.
Sound yg kuat (2x)
![]() |
| Sound volume boleh dikuatkan lagi. Nilai yg ditunjukkan di atas ialah nilai System Default |
Mempunyai banyak Desktop Application
Desktop Application yg tlh pre-installed pd Ubuntu ialah
1. Empathy Internet messaging.
Aplikasi yg membolehkan kita chatting dgn org lain dari desktop walaupun kita x de YM atau Windows Messenger. Platform chat yg disokong oleh Broadcast ialah Yahoo Messenger, Windows Messenger dan Facebook Chat.
![]() | ||
| Internet Messaging |
2. Gwibber Social Client
Applikasi Gwibber ini telah menggabungkan 2 Social Network yg terkenal iaitu Facebook dan Twitter dlm satu aplikasi. Aplikasi ini membolehkan kita check dan update status Facebook dan Twitter sekaligus tanpa membuka browser!
3. Evolution E-mail client + Calender
Aplikasi ni sama dgn Microsoft Outlook. Cuma dgn kelabihan + kalender!
Ubuntu vs Windows?
Secara keseluruhannya saya dpt simpulkan bahawa:
1. Masa boot dan shut down Ubuntu 5x laju drpd Windows
2. GUI Ubuntu lebih baik drpd Windows, dan ia x memerlukan memori dan hardware yg gempak utk menggunakannya
3.TIADA VIRUS! (sebab devloper virus utk Ubuntu ni x bnyk, tetapi kebarangkalian still ada, tp jauh lebih kecil dprd windows :))
Nota kaki:
1. Bersedia utk Ubuntu 11.10!!
2.Contact saya jika anda hendak install Ubuntu pd komputer anda. Saya akan tolong setakat mana yg saya boleh.
3.Jangan risau kerana cara nak guna Ubuntu x lari jauh drpd Windows!
4. Skrg sy x perlu risau nak pilih antivirus mana, dan kos utk update license!






SEBAB APA AKU PILIH UBUNTU:
ReplyDelete1) GUI yg mnarik (Unity & KDE utk Kubuntu) ala2 MAC cuma yg ni free, pastu customizable lak tuu
2) FREE FROM VIRUS
3) VERY2 SUPER DUPER UBER high performance compared to Windohs (Ubuntu x prlukan startup yg bnyak2, Windows : YES)
4) dpt test skill psl bnda2 TEKNO kita.....Ubuntu mmg mncabar sket.....trutamanya nk install game2 PC dlm Ubuntu (yg smp skarang still dlm progress lg)