Friday, November 11, 2011

Ubuntu 11.10 *Update!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yg telah dijanjikan, saya akan menulis tentang update terbaru daripada Ubuntu iaitu Ubuntu 11.10 'Oneiric Ocelot'

Ocelot
Pengenalan

Seperti kebiasaannya, Ubuntu akan menamakan update-update dia menggunakan nama-nama binatang, dan juga perkataan yang ada rhyme dengannya. Contohnya Oneiric Ocelot, Natty Narwhal, Lucid Lynx dan lain-lain. Jadi, adakah anda tahu apakah itu ocelot?

Ocelot (Leopardus pardalis) ialah sejenis kucing liar yang boleh ditemui di kawasan Selatan dan Tengah Amerika dan juga Mexico. Ocelot ni kelihatan seperti kucing domestik (yg org bela) tetapi, bulunya seperti harimau bintang atau jaguar. Haiwan ini pernah diklasifikasikan sebagai haiwan terancam tetapi kenyataan itu ditarik balik selepas tahun 1996.

Perkataan Ocelot ini diambil dari bahasa Nahuatl (sejenis dialek orang Mexico) yang disebut sebagai ōcēlōtl yang sebenarnya merujuk kepada jaguar dan bukannya ocelot itu sendiri.

Itu pengenalan dari sudut biologi. Mari kita teruskan dgn tajuk utama.

Narwhal vs Ocelot

Untuk memudahkan para pembaca melihat apa yg baru di dalam 11.10 ni saya lebih suka membuat jadual perbandingan supaya kita semua dapat membuat perbandingan dgn mudah


Aspect
Narwhal
Ocelot
Graphic Interface (default)
Unity
Unity
Email Client
Evolution
Thunderbird


Dari aspek desktop interface, secara default 11.04 menggunakan unity, dan gnome classic juga terdapat di dalam pilihan-pilihan  interface, tetapi, selaras dengan pelancaran upgrade baru gnome, iaitu GNOME 3, 11.10 kelihatan lebih cantik dan kemas jika kita menggunakan GNOME 3 sebagai  interface.

GNOME 3 desktop
Unity desktop

Workspace switcher (unity)

Workspace switcher (GNOME 3)

Menu (GNOME 3)


Kalendar
Gambar di atas menunjukkan keadaan desktop selepas anda menginstall GNOME 3. Di dalam unity kita boleh nampak kedudukan kalendar atas, sebelah kanan desktop anda, tetapi di dalam GNOME 3 kalendar diletakkan di tengah bersama dengan system clock. Selain itu, notification bagi Gwibber dan juga removable device telah berubah kedudukan dengan sebuah bar yang berada di bahagian bawah desktop anda.
Namun begitu, dengan penggunaan GNOME 3 anda akan dapati komputer anda akan menjadi perlahan (sikit) berbanding jika anda menggunakan unity. Hal ini mungkin disebabkan GNOME 3 mempunyai banyak graphic effect berbanding dgn unity yang ringkas dan padat.

Tiada perubahan yang besar di dalam 11.10, cuma ia mempunyai penambahbaikan dari segi softwarenya sendiri. Contohnya, Ubuntu telah memilih utk menukar default email client daripada Evolution kepada Thunderbird. Mungkin  Thunderbird dapat berfungsi dengan lebih baik daripada Evolution.

Ubuntu Software Center dan Gwibber juga mempunyai penambahbaikan yang penting di dalam ubuntu 11.10 ini. Sebagai contoh Ubuntu software center telah berubah wajah menjadi sesuatu interface yang mudah dan padat serta memudahkan kita utk install, uninstall dan update software.

Gwibber pula menjalani beberapa penambahbaikan bagi menyesuaikan dirinya dengan keadaan GNOME 3 yang baru. Utk perbandingan, notification utk Gwibber dalam Unity ialah pada bahagian atas sebelah kanan desktop, tetapi di dalam GNOME 3 ia terletak pada bahagian bawah, tengah desktop dan dikeluarkan seara pop up.

Untuk Banshee media player pula (di dalam GNOME 3) kita tidak dapat mendapat akses mudah utk memainkan dan menghantikan lagu yang kita main. Hal ini kerana di dalam GNOME 3 tiada butang play, next track dan previous track pada sound menunya. Jadi, kita kita ingin pause muzik yang kita sedang mainkan, kita perlu klik Banshee media player pada menu kita dan tekan pause. Susah kan?

Kesimpulan

Secara ringkasnya, seluruh Ubuntu 11.10 berubah apabila kita berubah kepada GNOME 3. Jika kita masih bertetap pendirian utk memilih Unity sebagai default graphic interface kita, maknanya tiada banyak perubahan yang kita boleh lihat pada Ubuntu 11.10 ni.

Senarai Rujukan:
1.Laman Web Ubuntu
2.Ubuntu wiki
2.Wikipedia

Multimedia:
Ini ialah screen record Ubuntu 11.04 yang saya buat sendiri. Enjoy!



Penafian:
1. Bukan semua imej yang digunakan dimiliki oleh penulis. Maka penulis tidak mempunyai hak 'copyright' keatas gambar Ocelot diatas
2.Semua maklumat adalah benar ketika post ini ditulis
3.Jika ada sebarang kesalahan fakta dan ejaan, sila maklumkan kpd penulis.
4. Semua yang ditulis ini ialah pendapat pesendirian penulis. Tidak ada niat utk memburukkan mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai