Monday, September 6, 2010

Kaedah penetapan awal syawal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Well..dah lama x update blog..bila tgk org masih rancak lg berblog ..sikit sebanyak tercetus nak berblog kembali.

Baiklah..kali ini kita akan membingcangkan tentang kaedah penetapan awal syawal, sempena hari raya aidilfitri yang kita akan sambut beberapa hari lagi!

KAEDAH 1 : RU'YAH (melihat anak bulan)

Dlm sistem taqwim hjri, melihat anak bulan ialah sesuatu yg penting bg menentukan awal bulan. Maksud ru'yah ialah : melihat anak bulan selepas matahari terbenam. Anak bulan iaalah bulan sabit selepas ijtima' yg pertama kali kelihatan / boleh kelihatan slps matahari terbenam.
Setiap negeri mempunyai Jawatankuasa Ru'yah hilal masing2. Antara AJK ru'yah yang dilantik oleh Penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu ialah:

1. Mufti
2. Ketua Hakim Syar'ie
3. Pengarah jbtn ukur & pemeataan negeri (islam!)
4. S/U Majlis Agama Islam
5. Pengarah Jab Agama Islam negeri
6. Seorg Ulama' / ahli falak
7. Pgawai tadbir agama daerah.

Tarikh cerapan anak bulan ialah pd 29 hb hijrah di tempat2 yg telah digazetkan d selurih m'sia. (spt pantai acheh kat penang ni) Peralatan utk mencerap anak bulan terdiri drpd binokular, teodolit dan tracking telescope dan org2 yang arif menggunakannya.

Kriteria:

1. hukum asal mencerap anak bulan ialah menggunakan mata kasar, tapi penggunaan teknologi moden ialan dibolehkan
2. mengunakan pengiraan astronomi bg menentukan awal bln dgn syarat anak bln berada atas ufuk & boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam (akan dibincangkan dengan lanjut)
3. kedudukan matahari dan bulan ketika matahari terbenam tak kurang dari 8 darjah
4. Ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam tak turang daripada 5 darjah
5.Ketika bulan terbenam, umur bulan tak kurang dari 8 jam.


KAEDAH 2 : HISAB (pengiraan)

Hisab / kaedah pengiraan astronomika lialah cara perhitungan pergerakkan bulan menggelilingi bumi. Hari ini, banyak agensi-agensi astronomi yang dapat mengira kedudukan bulan. Tetapi, tengan teknologi sekarang, kita dapat menentukan kedudukan bukan dengan lebih tepat!

Berikut ialah contoh hisab yang telah dilakukan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang

Tarikh : 8 September 2010
Waktu Ijtimak ; 18.30
Jarak Lengkung bulan- matahari: 5 darjah 5 minit 55 saat
waktu bulan terbenam : 19.11
Altitude bulan : -3 darjah 8 minit 53 saat
Umur bulan : 41 minit
Susulan atas ufuk : tiada atas ufuk

Bulan tidak kelihatan, maknanya kita kena puasa 1 hari lagi. Semakan jumlah hari juga dilakukan dalam 1 thn hijrah mesti ada 354/355 hari.

Verdict : 1 syawal = 10 hb september

Wallahu a'lam
p/s : sbrg pertanyaan boleh dihantar pada doradora_chan123@yahoo.com [subject: soalan]
ataupun melalui facebook ataupun comment!



No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai