Friday, January 30, 2009

The technique

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Yeah!! Inilah post pertama untuk teknik fotografi. Daripada post2 yang lepas saya ada uploadkan gambar2 yang gempak macam ni

Car Trail
Nampak lawak plak gambar ni. Kalau nak tahu, ini gambar lampu kereta , traffic light dan lampu jalan. Gambar ini menggunakan mode S [salah satu mode dalam P,A,S,M] iaitu mode Shutter-speed priority.
  1. Setkan kamera kepada mode S. Kalau kamera anda x de mode S ni, cari mode Starry Night dalam menu mode. Kalau takde gak, tak dapek den nak nolong. [Seeloknya lihat manual]
  2. Setkan kepada tempoh masa yang paling lama. [masa yang dimaksudkan ialah berapa lama shutter kamera anda dibuka] Jangan lama sangat. Mesti dibawah 1 minit.
  3. Sedia untuk mengambil gambar! Sebelum itu, sila pastikan anda menggunakan tripod untuk mengambil gambar macam ni.
  4. Tada! Lihatlah hasilnya!

Gerhana Matahari.
Hehe... gambar ni takde teknik yang khusus. Kunci untuk mengambil gambar ini ialah
  • Beli solar filter
  • Buat pinhole camera
Ingat! Anda perlu ada dua benda yg disenaraikan di atas untuk mengambil gambar gerhana matahari. Jika anda mendedahkan lens / image sensor terlalu lama kepada matahari, ia akan merosakkan kamera anda, sama juga kesannya jika anda melihat matahari secara terus menggunakan mata. Ia akan merosakkan retina mata anda. [ee, cuba bayangkan retina mata terbakar, macam eksperimen yang pernah dibuat di sekolah, menggunakan kanta pembesar untuk mambakar kertas dibawah pancaran cahaya matahari.]
Gambar bintang
Kalau anda nak tau, inilah buruj orion (biduk). Kepada yang berminat nak rakamkan ila ikut langkah di bawah.

  1. Setkan kamera anda kepada starry night mode atau S mode. Setkan masa bukaan shutter sekitar 10 saat.
  2. Setkan aperture kepada bukaan yang paling luas [nombornya kecil]\
  3. Tangkap gambar yang diingini.
  4. Editkan gambar menggunakan Adobe Photoshop, menggunakan Levels [Ctrl + L]
  5. laraskan level mengikut kehendak anda [secukup rasa...hehee]. Tujuannya ialah untuk menampakkan lagi imej bintang2 tu.


Matahari terbenam
Gempak kan gambar matahari terbenam? Nak tahu macamana nak tangkap gambar matahari terbenam? Sila ikut arahan di bawah!

  1. Ingat! Jangan dedahkan lens/ image sensor anda terlalu lama kepada matahari.
  2. Kalau ada mode sunset gunakan mode tu.
  3. Kalau kamera ada mode PASM , gunakan mode M [manual]
  4. Bagi yang menngunakan mode M , anda boleh menggunakan shutter speed dari 1/8 - 1/150 [ikut suka la]
  5. Setkan aperture anda kepada bukaan yang paling sempit [nombornya besar]
  6. Take the picture!

Nampaknya setakat tu je kali ni. Kalo tak paham juga , sila contact admin di doradora_chan123@yahoo.com dengan subject Photography tricks.

Tip Umum.
  • Baca manual kamera dulu
  • Rajin bereksperimen dengan kamera anda
  • Untuk memudahkan banyak kerja , install la Photoshop
Coret2 penulis

  • Ya , mambaca manual kamera banyak membantu anda
  • Rajin bereksperimen dengan kamera. Saya pon rajin bereksperimen dgn kamera saya. Sbb tu la sy dpt mcm2 skill.
  • Saya ada photoshop.
  • Kalau nak banyak ilmu , beli la majalah kamera. Sokonglah majalah tempatan yang bertajuk Click

2 comments:

  1. wei aku jeles kat ang ni....
    (x tau nk comment pa) hehehe

    ReplyDelete
  2. wei aku jeles kat ang ni....
    (x tau nk comment pa) hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai