Thursday, January 22, 2009

Apabila 2 menjadi satu...seluruh umat manusia menantikan saat ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 26 haribulan ini ialah gerhana matahari Annular yang pertama dalam tahun 2009 ini. Gerhana matahari annular ini dapat dilihat daripada Laut India hingga barat Indonesia. Gerhana matahari (separa) boleh dilihat dalam bayang bayang penumbral bulan iaitu meliputi satu pertiga selatan Afrika , Madagascar , Australia kecuali Tasmania , terenggara India, Asia terenggara dan Indonesia [maknanya negara-negara berkecuali ni nampak benda lain daripada negara-negara yang dinyatakan] Sila teruskan pembacaan anda di link ini http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OHfigures/OH2009-Fig01.pdf

Laluan annular ini bermula dari Selatan Atlantik pada 06:06 UT apabila bayang antumbral bulan bertemu bumi dan membentuk koridor seluas 363 kilometer. Ia bergerak ke arah timur , dan bayang akan melitupi selatan benua Afrika , dan meninggalkannya kira-kira 900 kilometer . Dengan perlahan-lahan ia menuju timur laut melintasi selatan laut India. Gerhana yang terbesar akan berlaku pada 07:58:39 UT apabila magnitud gerhana mencecah 0.9282.

Pada ketika ini, tempoh annular ialan 7 minit dan 54 saat , lebar laluan ialah 280 kilometer dan Matahari ialah 73 darjah diatas garis ufuk bumi. Laluan tengah bersambung ka arah timur laut apabila ia melalui kepulauan Cocos dan bergerak ke selatan SUmatera dan barat Jawa. Selepas melalui melintasi planet kita selama 3 jam 46 minit , antumbra Bulan bergerak kira-kira 14,400 kilometer dan meliputi 09% permukaan Bumi.Koordinat laluan didokumentasikan di sini [Table 1].

Untuk menunjukkan gambaran yang lebih jelas , saya telah membuat sebuah video menggunakan perisian Starry Night Pro .



setakat itu sahaja...! Adios!

References :
1.NASA - Eclipses during 2009
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2009.html#2009Jan26A

2. Perisian Starry Night Pro.

Gambar gambar gerhana akan diuploadkan pada Rabu hadapan [itupun kalau jadi pergi mencerap]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai