Saturday, November 22, 2008

Kemajuan teknologi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini , ketika penulis sedang membaca akhbar, saya tertarik dengan sesuatu yang melibatkan kemajuan teknologi masa kini. Adakah anda tahu apa yang saya maksudkan? Inilah yang saya maksudkan...
Haa.. menarik kan? Ada orang yang tahu, tp ada juga orang yang tak tahu pasal ASIMO ni..
ASIMO ini ialah kependekan bagi Advanced Step Innovative MObility. Seperti yang kita lihat di atas , ASIMO ini ialah sejenis robot yang berbentuk angkasawan. Pada tahun 2007 , kita ada 46 biji ASIMO semuanya yang setiap satunya berharga 504,720 Euro bersamaan dengan 106,710,352 yen yang bersamaan dengan 4,110,380.39 ringgit Malaysia. Hua! Mahalnya! Itulah... walaubagaimanapun , kita boleh sewa ASIMO ni pada harga 166,000 Euro bersamaan dengan 17,714,316 yen yang bersamaan dengan 682,338 ringgit Malaysia UNTUK SETAHUN. Ini saya ada selikan video iklan pasal ASIMO.



Ha? Comel kan ASIMO ni? Ini pula rajah yang saya buat sendiri pasal sejarah pembangunan ASIMO




Spesifikasi ASIMO

Berat : 54 kg
TInggi : 130 cm (4 kaki 3 inci..)
Lebar : 45 cm
Kedalaman : 37 cm
Kelajuan berjalan : 2.7 km/h dan 1.6 km/h jika membawa beban sebanyak 1 kg
Kelajuan berlari : 6 km/h secara lurus dan 5 km/h secara bulatan.
Menggunakan bateri Lithium Ion (Li-Ion) 51.8 V yang beratnya 6 kg dan mengambil 3 jam untuk charge penuh.

Teknologi pengecaman ASIMO

Haa inilah istimewanya ASIMO ni dia ada 4 teknologi pengecaman

1. Pengecaman objek bergerak
2. Pengecaman postures dan gestures
3. Pengecaman alam sekitar
4. Pengecaman mimik muka

[gesture : a movement of part of your body , especially your hands or head to show what you mean or how you feel]

Selain yang kita tahu, ASIMO ni menjadi teman manusia, disebabkan ASIMO ni sentiasa connect pada internet , ia berfungsi sebagai penyebar berita dan cuaca.

Kalau nak LEBIH maklumat pasal ASIMO , video , gambar dan macam macam lagi bolehlah layari http://asimo.honda.com/

dan.. kalau nak tahu teknologi dalam ASIMO bolehlah layari http://science.howstuffworks.com/asimo.htm

serta , siapa yang berminat dengan barang2 ASIMO [wallpaper , screensaver dan lagu tema ASIMO ] bolehlah download dari laman web http://asimo.honda.com/downloads

sebelum saya akhiri post ini , ini ada 1 lagi video ASIMO yang menarik perhatian saya.



Jumpa lagi!

1 comment:

  1. kn best klau ada satu kt umah kita...
    ng carik mana smua information tuh...
    anyway mmg best la post ng nih....

    ReplyDelete

Terima kasih! Pendapat anda amat dihargai